A Premiership title is within grasp

Continuity on the field, with a proven winner — a club winner, by the way — behind the wheel, may well equal something special in 2009-10.
A Premiership title is within grasp

A Premiership title is within grasp

Continuity on the field, with a proven winner — a club winner, by the way — behind the wheel, may well equal something special in 2009-10.
A Premiership title is within grasp

A Premiership title is within grasp

Continuity on the field, with a proven winner — a club winner, by the way — behind the wheel, may well equal something special in 2009-10.
A Premiership title is within grasp

A Premiership title is within grasp

Continuity on the field, with a proven winner — a club winner, by the way — behind the wheel, may well equal something special in 2009-10.
A Premiership title is within grasp

I'm Back!!

I'm Back.. With A New Look.. , ...
I'm Back

Nahnu, Tullabul Maahad . . .

Posted by Fikri Hassan Binabad

Tatkala menikmati hari "nyepi" ini, tiba-tiba datang sebuah perasaan sentimental di dalam diri gua. Tanpa ragu-ragu gua pun meng"google" sekolah lama gua. SMKA Maahad Muar. Hasilnya, gua menemukan sebuah blog seorang cikgu sekolah gua. Dengan yakinnya gua melawat blog tersebut. Dicelah-celah posting kejayaan murid-murid sekolah lama gua yang bijak-bijak dari dulu sampailah sekarang, ada sebuah post yang secara umumnya ditujukan untuk gua. Gua rasa berbangga sebab sekolah gua sekarang dah makin cantik.

Lima tahun gua sematkan logo ini di dada gua. Berilmu, beriman, beramal. Setelah gua keluar dari sekolah ini, gua secara rasminya telah menjadi seorang manusia yang lebih berilmu, lebih beriman, dan lebih beramal. He, he, he.

Belakang pokok ini, terletak sebuah surau yang dinamakan surau al-Muhajirin. Di sekolah gua, semua murid diwajibkan sembahyang Zohor sebelum balik. Kalau mati dalam perjalanan balik, sekurang-kurangnya sudah menunaikan kewajipan. Tapi gua sebagai murid mithali, selalu lepak depan tangga surau masa budak-budak lain sembahyang. Alasan gua, seluar kotor. Depan surau tu ada tempat parking motor. Gua dulu rider. Member-member gua yang rider semua pernah accident. Gua sebagai presiden Kelab Keselamatan Jalan Raya pernah accident sampai patah tangan masa gua Form 5 dulu.

Sebelum sekolah gua ada dewan besar, kami berhimpun setiap pagi di court bola tampar ini. Gua dulu selamba kalau kena suruh jadi pengacara majlis. Kalau hari jumaat pun gua boleh jadi pengacara majlis dalam bahasa Arab. Nabda'u hazal majlis bi qiraatil Ummul Furqan Al-Fatihah. Gua ingat sampai sekarang. Ha, ha, ha.

Apa-apa pun, tahniah kepada pengurusan sekolah sebab berjaya mendapatkan bangunan baru. Dah lahirkan beribu-ribu murid yang berilmu, beriman, dan beramal baru ada orang tersedar nak sponsor cantikkan lagi sekolah ini.

Lepas gua dapat result PMR gua dulu, ramai member gua keluar dari sekolah gua ini. Tapi gua tetap stay. Bagi gua, gua berjaya bukan sebab gua. Sebab cikgu-cikgu sekolah gua.

Berilmu. Beriman. Beramal.

[PAH-pah-duhm]

Posted by Fikri Hassan Binabad

Gua duduk depan komputer. Gua baca berita harian online sambil makan pappadam. Semalam bapak gua suruh member dia bagi gua pappadam-pappadam tersebut. Dia bagi punyalah banyak macam nak suruh gua buka kedai mamak.

Sedang gua membaca berita sambil ber"pappadam"an, ada berita yang menarik perhatian gua. Tanah gua sedang dijajah oleh para pembekal pappadam. Pembekal-pembekal pappadam ini mengugut untuk menaikkan harga teh tarik dan roti canai di restoran mereka. Kata mereka, ini disebabkan kenaikan levi pengambilan pekerja asing. Gua rasa, mesti harga pappadam juga akan meningkat. Tapi gua tetap "cool". Sebab bapak gua seorang peramal masa depan. Sekurang-kurangnya gua ada bekalan pappadam. Kalau gua "sengkek", gua boleh jadi pembekal pappadam.

Emak gua orang Melayu. Dia buat roti canai lagi sedap daripada roti canai pembekal pappadam. Dulu emak gua nak buka restoran. Tapi emak gua ada masalah nak cari pekerja Melayu. Emak gua pun terpaksa menguburkan cita-citanya. Emak gua jadi cikgu. Emak gua nak ajar orang Melayu buat roti canai dan teh tarik.

Gua duduk depan komputer. Gua baca berita harian online sambil makan pappadam. Semalam bapak gua suruh member dia bagi gua pappadam-pappadam tersebut. Dia bagi punyalah banyak macam nak suruh gua buka kedai mamak.

Freecell

Posted by Fikri Hassan Binabad

Sudah lama saya tidak menulis. Kata Afdlin Shauki dalam blognya, Hidup Lebih Penting.

Hampir 2 bulan saya melawan sistem. Fikri VS Sistem. Sistem menang mudah. Indahnya hidup jika manusia tidak membuat aturan.

Hidup umpama Freecell. Salah susun, parah akibatnya.

Cards Left : 8. Satu ada di free cells. Enam telah tersusun. Satu lagi tiada tempat.

Ctrl+Z. Tidak boleh.

F2. New game.

Nasib.. Nasib..

Kopi Tunjuk Langit

Posted by Fikri Hassan Binabad

Dalam perjalanan pulang ke Jakarta, saya singgah sebentar di R&R.

Waiter : Minum apa bang?
Saya : Kopi tunjuk langit

Lepas minum, apa yang menunjuk ke langit ya?

P/s : Badang jadi kuat selepas makan muntah hantu.

Sila Klik Di Sini

The Dark Knight

Posted by Fikri Hassan Binabad

How about a magic trick?
I'm gonna make this pencil disappear.
Ta-daaa..
It's...
It's gone.

Ketidak percayaan Batman terhadap sistem perundangan di Gotham City adalah punca sebenar Joker berani melakukan kejahatan. Dalam bahasa yang mudah, Batman yang melahirkan Joker.

"I was meant to inspire good, not madness, not death."

"You have inspired good. But you spat in the faces of Gotham's criminals. Didn't you think there might be casualties? Things always get worse before they get better."

Inilah yang menurut Chaos Theory, keadaan awal akan mempengaruhi hasil akhir dari sesuatu sistem, sehingga ia akan mencapai suatu keseimbangan.

Keadaan awal,
Ketidak percayaan Batman kepada sistem di Gotham City

Akibatnya,
Kelahiran Joker

Keseimbangannya,
Batman dianggap Villain

"You either die a hero, or you live long enough to see yourself become the villain."

Semoga tidak ada Joker yang akan mengambil kesempatan dalam situasi politik di Malaysia sekarang ini.

And...
Why so serious?

The Curious Case of Satrio Piningit

Posted by Fikri Hassan Binabad

Berita penangkapan Agus Imam Solichin, pemimpin ajaran sesat Satrio Piningit Wateng Buwono menghiasi media-media massa Indonesia pada bulan yang lalu. Ajaran yang antaranya menganjurkan "orgy" bagi para pengikutnya ini, akhirnya terungkap dan siasatan untuk menjatuhkan hukuman kepada ketua ajaran tersebut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Jika ditanyakan siapa pemimpin-pemimpin yang saya kagumi, saya akan menjawab antaranya adalah ketua-ketua ajaran sesat di dunia ini, terutama yang mempunyai paling ramai pengikut. Mereka, menurut saya adalah contoh pemimpin-pemimpin hebat yang dapat dijadikan salah satu di antara "role model" bagi sesiapa pun yang ingin menjadi seorang pemimpin yang berjaya.

Saya bukanlah seorang penuntut di dalam bidang psikologi, namun mungkin untuk mempelajari kejayaan ketua-ketua ajaran sesat tersebut, pandangan dari sudut psikologi lebih sesuai diutamakan.

Abraham Maslow (1970) mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow dengan andaian bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang telah dicapai. Mengikut Maslow kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan iaitu keperluan asas fisiologi, keselamatan, penghargaan dan kasih sayang, penghormatan kendiri seterusnya keperluan sempurna kendiri.

Seorang pemimpin yang hebat haruslah dapat memanipulasi keperluan-keperluan manusia ini. Bermula dengan keperluan asas fisiologi seperti bernafas, tidur, makan, minum, serta seks, sehinggalah keperluan-keperluan lain yang lebih tinggi harus berjaya dipenuhi. Kerana itulah sebagai contoh, Agus Imam Solichin berjaya mengembangkan ajarannya dengan memanipulasi keperluan pengikutnya terhadap seks.

Ajaran-ajaran sesat terutamanya di Malaysia dan Indonesia yang dapat dilihat pada hari ini boleh dikatakan hampir semuanya "didasarkan", ataupun "berasal" daripada agama Islam, yang disalah tafsirkan dari aspek Aqidah, Fiqh, maupun Akhlak oleh pemimpin ajaran tersebut. Ini adalah kerana Islam merupakan satu agama yang amat bertepatan dan memenuhi segala keperluan hidup manusia ataupun sesuai dengan fitrah penciptaan manusia itu sendiri. Ini tentunya akan memudahkan golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab untuk menghasut orang-orang yang kurang pengertian tentang Islam untuk menyertai ajaran baru yang dibawanya.

Salah tafsir dalam ajaran Islam ini dapat muncul kerana disengajakan ataupun tidak disengajakan sama ada niat pemimpin ajaran tersebut baik, ataupun tidak. Ajaran yang timbul secara tidak sengaja adalah kerana kurangnya ilmu pemimpin tersebut dalam menafsirkan ayat-ayat Al-Quran ataupun Hadith. Manakala ajaran yang timbul kerana disengajakan biasanya kerana niat buruk oleh pemimpin ajaran tersebut. Niat ini timbul mungkin untuk mendapatkan habuan duniawi seperti kekuasaan, wanita, dan juga harta.

Dengan mengenepikan kesesatan pemimpin ajaran-ajaran sesat ini, saya amat mengagumi kehebatan mereka dalam mempengaruhi penganut-penganut ajaran mereka. Jika Tun Dr. Mahathir menjalankan projek pembinaan menara Kuala Lumpur dengan bersusah-payah, Ayah Pin dengan mudahnya membangunkan kawasan "Kerajaan Langit"nya dengan teko, pasu dan beberapa lagi replika besar dengan bantuan "ikhlas" pengikut-pengikutnya.

Pada hakikatnya, manusia mempercayai akan "kuasa" tidak terlihat yang mengatur kehidupan dan alam ini. "Kuasa" tersebut akan menjanjikan kenikmatan dan kejayaan di dunia dan akhirat jika anda patuh kepada segala ajaranNya. Namun hidayah Allah yang menentukan sama ada kepercayaan itu benar ataupun tidak. Jika seorang pemimpin itu dapat memanipulasi kepercayaan ini, dia akan menjadi seorang pemimpin yang benar-benar dipuja dan diagungkan oleh pengikutnya.

Pemimpin ini tidak perlu untuk mengatakan dirinya adalah "kuasa" tersebut. Cukup dengan mengatakan dia adalah utusan ataupun wakil dari "kuasa" itu, ataupun memberikan tanggapan seperti itu kepada pengikutnya. Dengan ini, dia dapat menjanjikan apa sahaja walaupun dia sendiri tidak dapat memenuhinya. Kerana itu banyak pemimpin ajaran sesat mengaku diri mereka adalah Rasul ataupun Nabi sebelum mereka mengaku sebagai tuhan.

Di dalam siri drama televisyen "Lost", Benjamin Linus dan John Locke dapat menjadi pemimpin kepada "Others" kerana hanya mereka yang boleh berbicara dengan Jacob, iaitu suatu "kuasa" yang menguasai pulau tersebut dan tidak dapat dilihat oleh "Others" lainnya. Segala arahan dari pemimpin mereka ini dianggap sebagai arahan dari "kuasa" tersebut. Hakikatnya, manusia tunduk kepada "kuasa" tersebut dan bukan kepada "pemimpin" itu. Oleh itu, manipulasi tentang kepercayaan pengikut-pengikut mereka adalah langkah yang paling penting untuk membuatkan mereka mengikuti kata-kata pemimpin tersebut.

Apabila keyakinan pengikut-pengikut dapat dimanipulasikan, dengan mudahnya pemimpin ini dapat memasukkan hal-hal lain yang terutamanya dapat menguntungkan peribadinya. Sebagai contoh, jika dia mahu berkahwin dengan seorang pengikutnya, pengikutnya akan berpendapat bahawa dia benar-benar beruntung. Jika dia mahu menolaknya, dia akan merasakan imannya masih kurang kerana menolak berdasarkan nafsu dan sifat duniawi (contohnya kerana merasakan pemimpin itu kurang kacak dan sebagainya) sedangkan menurutnya, pemimpin itulah yang paling beriman di antara mereka kerana segala sifat suami yang mithali menurut pemimpinnya ada pada diri pemimpin tersebut.

Selain itu, pemimpin yang hebat ini dapat menanamkan di dalam hati pengikut mereka bahawa hanya merekalah yang benar manakala orang yang tidak menuruti mereka adalah orang-orang yang salah. Mereka akan terus menerus mengecam masyarakat umum kerana tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh pemimpin ini. Akibatnya sokongan terhadap pemimpin ini akan semakin kuat semata-mata kerana dianggap sebagai pemimpin yang paling beriman di antara mereka dan mereka yang tidak mengikuti ajaran mereka adalah orang yang sesat yang tidak mendapat cahaya keimanan.

Pada zaman yang penuh fitnah ini, banyak pemimpin ajaran sesat yang semakin pintar menggunakan ayat-ayat dalam Al-Quran dan Hadith demi kepentingan peribadi mereka. Sebagai contoh, seorang ketua ajaran sesat di Indonesia mengatakan, di dalam Al-Quran surah An-Naba' ayat 1-3, berita besar yang dimaksudkan adalah kedatangannya sebagai Rasul baru di dunia ini. Menurutnya lagi, umat Islam tidak "ribut" apabila agama lain menjalankan ibadah mereka, tetapi apabila dia membawa ajarannya, semua orang menjadi gempar. Ini kerana ajarannya benar. Orang tidak akan peduli jika apa yang dibawanya tidak benar.

Antara kehebatan lain pemimpin-pemimpin ajaran sesat ini adalah kepandaian mereka dalam berkata-kata. Segala yang keluar dari mulut mereka membawa agenda yang tersembunyi, namun terdengar seperti janji-janji manis dari Tuhan mereka di telinga penganut-penganut mereka yang tentunya akan menambahkan keyakinan terhadap diri mereka. Sebagai contoh, mereka yang tidak mengikut ajaran mereka akan dipertanggungjawabkan dan diberikan azab yang pedih di hari akhirat nanti.

Sesungguhnya, banyak hal tentang kepimpinan yang dapat dipelajari dari pemimpin ajaran-ajaran sesat ini. Namun seorang pemimpin Islam, tidak boleh memanipulasikan keIslaman (kepercayaan kepada "kuasa" yang mengatur alam yang digunakan oleh fahaman ajaran sesat) untuk kepentingan peribadinya. Jangan menganggap dirinya sebagai utusan Allah dan memomok-momokkan pengikutnya dengan azab Allah jika mereka tidak mahu mengikut kata-katanya. Seorang pemimpin yang beriman sudah pasti akan dipilih oleh masyarakat tanpa perlu keyakinan mereka dimain-mainkan.

Pemimpin yang berpegang kuat dengan ajaran Islam pasti akan dipilih kerana Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia, yang dapat memenuhi segala keperluan manusia dari tingkat yang terendah sehingga tingkat keperluan yang paling tinggi. Jangan gunakan Islam sebagai tangga untuk menaikkan diri sendiri ke atas, namun naiklah ke atas dengan membawa Islam di dalam hati.

The Transfer Saga

Posted by Fikri Hassan Binabad

"Transfer window" untuk pemain bola sepak di liga Inggeris baru sahaja ditutup Isnin yang lalu. Arsenal akhirnya mendapatkan Arshavin manakala Chelsea berjaya mendapatkan Quaresma menjelang detik-detik akhir penutupan "transfer window".

Fenomena yang hampir serupa kini dapat dilihat di Malaysia.


Jika England disibukkan dengan pemindahan pemain-pemain bola sepak dari satu kelab ke kelab lain, Malaysia digemparkan dengan pemindahan Adun-Adun dari satu parti ke parti lain (dan balik ke parti lama seperti proses "loan" pemain). Kejadian ini menunjukkan betapa uniknya Malaysia yang penuh dengan "kejadian-kejadian misteri" yang sentiasa menyelubungi atmosfera politik negara tercinta ini.

Saya bukanlah seorang penyokong "kuat" mana-mana parti politik di Malaysia, apa lagi seorang pengamat maupun pengkritik politik. Namun saya tertarik dengan reaksi-reaksi dari penyokong-penyokong kedua belah pihak (BN dan PR).

Seorang teman berkata, Perak tidak demokrasi kerana tidak melakukan pilihan raya, namun jawab saya dengan nada bergurau, "itu keputusan Sultan. Jaga-jaga, nanti kena tulah". Apa pun keadaannya kini, tidak dapat dimungkiri lagi Baginda telah pun membuat keputusannya dan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, telah pun dipilih sebagai Menteri Besar ke-11.

Terlepas dari membicarakan soal spekulasi maupun gosip-gosip yang beredar luas, menurut saya, isu ini bermula daripada kenyataan DSAI yang ingin mengambil alih pucuk pimpinan Malaysia dengan cara lompat-melompat ini. Penerimaan perpindahan Dato' Nasaruddin terutamanya yang menurut saya "sedikit" tidak beretika umpama senjata makan tuan buat Pakatan Rakyat apabila dibalas dengan cara yang juga tidak "beretika" oleh Barisan Nasional.

Dilihat dari skop yang lebih luas, rakyat Malaysia kini berada dalam dilema. Sama ada untuk memilih Barisan Nasional (yang mungkin sekarang ini tidak becus dalam mentadbir negara) demi mengekalkan tradisi kepimpinan BN untuk mengelakkan kekacauan yang lebih besar lagi, ataupun memilih Pakatan Rakyat yang kini muncul sebagai satu "mode" jika anda adalah orang yang terpelajar, pemikir, dan sudah "keboyakan" menunggu dan menginginkan pembaharuan yang benar-benar "baharu".

Namun saya percaya, jika ditinjau dari sudut pandangan yang lebih kecil, dalam pilihan raya umum dahulu, ramai yang memilih calon yang bertanding dengan mempertimbangkan keperibadian dan perilaku calon-calon tersebut tanpa
semata-mata memandang dari parti mana mereka "berasal". Di tempat saya, Adun dari PAS telah berjaya memenangi pilihan raya tersebut dan menjadi satu-satunya (maaf jika salah) kerusi yang dimenangkan oleh PAS di Johor. Menurut saya ini adalah kerana peribadi beliau, dan bukan kerana parti beliau.

Di samping itu, amat dikesali sekarang ini apabila parti politik dijadikan suatu isu agama. Keluar dari UMNO untuk menyertai PAS maupun PKR umpama keluar dari kekufuran dan kegelapan menuju Hidayah dan Nur Ilahi. Pelampau-pelampau yang mengatakan UMNO kafir, ataupun PKR dajjal (kerana logonya yang bermata satu) merupakan penghinaan yang menunjukkan kerendahan moral penyokong parti tersebut. Umpama di dalam filem Labu-labi, mereka bergaduh dengan memijak "kepala bapak" masing-masing.

Saya amat hairan apabila orang melihat memilih PAS ataupun PKR adalah memilih Islam. Adakah calon Islam yang datang dari UMNO itu secara automatik wajib diragukan keIslamannya? Di Perak, UMNO memenangkan kerusi terbanyak, sedangkan yang kedua terbanyak adalah DAP. Bagaimana ada yang mengatakan Pakatan Rakyat lebih "Islam" daripada Barisan Nasional? Mengambil prinsip pemilihan doktor dalam Islam, yang pertama dipilih adalah doktor Muslim, kemudian barulah setelah itu yang Non-Muslim. Adakah kita melihat parti mereka? Jika ada doktor Islam PAS dan UMNO, pilih yang PAS dahulu? Mungkin analoginya ini sedikit menyimpang, namun yang ingin saya sampaikan adalah, tidak semua calon dari UMNO terutama di peringkat bawah ini orang-orang yang tidak "berkelayakan" untuk dijadikan pemimpin.

Mungkinkah Malaysia harus memilih Perdana Menteri dengan cara pemilihan Presiden seperti di Indonesia?


Maaf jika ternyata BN di Perak lebih banyak yang Non-Muslim dibanding PR. Itu adalah kerana kemalasan saya untuk melakukan "research" yang lebih mendalam terlebih dahulu. Namun apa yang penting adalah, parti adalah parti, agama adalah agama. Kita mencari pemimpin yang beragama tidak peduli dari parti manapun mereka wakili. Jangan mempolitikkan agama, tetapi berpolitiklah dengan agama.

Takziah saya ucapkan kepada rakyat Perak. Saya percaya ramai yang menyukai mantan Menteri Besar Perak
yang terdahulu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Mungkin isu pemberian tanah kepada kaum bukan Melayu menyebabkan beliau tidak berkenan di hati Baginda? Wallahualam.

Give Them A Piece (Peace) Of Our Minds

Posted by Fikri Hassan Binabad

"Peace is a term that most commonly refers to an absence of hostility, but which also represents a larger concept wherein there are healthy or newly-healed interpersonal or international relationships, safety in matters of social or economic welfare, the acknowledgment of equality and fairness in political relationships and, in world matters, peacetime; a state of being absent any war or conflict. Reflection on the nature of peace is also bound up with considerations of the causes for its absence or loss. Among these potential causes are: insecurity, social injustice, economic inequality, political and religious radicalism, and acute nationalism."

Jutaan maaf jika tulisan saya sebelum ini memberi satu persepsi yang berbeza apabila saya menyentuh tentang "perdamaian" dengan Israel. Perdamaian yang saya maksudkan bukanlah bererti menundukkan kepala, menjilat kaki, dan berpeluk-pelukan dengan Israel, tetapi dengan melakukan suatu usaha untuk mewujudkan "a state of being absent any war or conflict" sesuai dengan pengertian di atas, dan sesuai dengan ajaran Islam yang cintakan kedamaian dan keadilan, demi kesejahteraan penduduk Islam di Palestin khususnya.

Mungkin nantinya akan ada yang berpendapat tiada cara lain selain perang yang dapat mendiamkan Israel. Saran saya, semak dulu sejarah perang enam hari di mana Israel menang melawan Palestin, Mesir, Syria, Jordan, dan Iraq yang tidak bersatu dan berperang demi kepentingan politik semata-mata, bukan demi agama maupun untuk membela nasib rakyat Palestin. Hasilnya, Israel dihadiahkan 78% lagi daripada tanah Palestin. Baitul Muqaddis Timur (di mana terletaknya Masjid Al-Aqsa) yang dahulunya milik Jordan, jatuh ke tangan Israel. Namun atas campur tangan PBB, Israel tidak berjaya mendapatkan Baitul Muqaddis Timur dan statusnya sampai kini masih tidak pasti. Dengan penubuhan Palestine Liberation Organization (PLO), ditambah gerakan Intifada pertama yang dijadikan kesempatan bagi PLO yang tidak terlibat secara langsung, Jordan menarik tuntutan ke atas Tebing Barat termasuk Baitul Muqaddis Timur. Pada masa inilah US membentuk hubungan diplomatik dengan PLO (yang waktu itu dipimpin oleh Yassir Arafat). PLO yang pada awalnya ingin mengusir Israel dari Palestin akhirnya mengiktiraf kedaulatan Israel. Peperangan ini adalah sebuah peperangan politik. Mungkin jika negara-negara Arab bersatu memutuskan bekalan air sahaja, Israel tidak akan dapat berbuat apa apa.

Di dalam Palestin sendiri timbul kekacauan. Pertempuran antara Hamas dan Fatah antara yang menyumbang kepada kemusnahan infrastruktur dan kegawatan ekonomi Palestin. Inilah yang menyebabkan Israel semakin berani menunjukkan belangnya.

Tujuan saya menulis sedikit tentang sejarah perang Palestin-Israel adalah untuk memberikan gambaran bahawa peperangan ini lebih kepada sebuah peperangan yang penuh dengan agenda-agenda politik baik dari pihak Palestin, Israel, US, maupun negara-negara Arab sekitarnya. Kejatuhan Palestin adalah peringatan untuk menginsafi diri kita sendiri. Peristiwa ini merupakan satu petanda untuk kita memperbaiki diri, bukan dari sudut kekuatan tentera semata-mata. Keadan diperburuk dengan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh Jamal Abdul Naseer yang merupakan Perdana Menteri Mesir pada zaman awal perang dahulu. Polisinya didasari oleh "Pan-Arabism", kebencian terhadap Yahudi, dan kerjasama dengan Soviet Union menyebabkan kemunduran bangsa Arab. Setelah beliau dibunuh, timbul gerakan-gerakan yang membawa propaganda Anti Yahudi yang kemudiannya di salah ertikan sebagai sebuah ajaran Islam. Akibatnya, ramai yang berpendapat bahawa ajaran Islam mengajar penganutnya untuk membenci orang-orang Yahudi. Adakah Islam sebuah agama yang mengajar kepada "anti semitism" dan "racism"?

Ayat-ayat di dalam Al-Quran tidak pernah mengajar manusia untuk membenci sesebuah kaum. "Genocide", "ethnic cleaning", maupun "holocaust", yang dialami oleh bangsa Yahudi, maupun yang bukan Yahudi tidak pernah berada di bawah naungan Islam. Anti Yahudi adalah perjuangan Hitler. Kedamaian, anti "racism" dan anti kezaliman adalah perjuangan Islam. Firman Allah di dalam surah Al-Hujurat ayat 13 menjadi bukti bahawa Islam bukanlah sebuah agama yang "racist". Bangsa Yahudi adalah di antara bangsa yang paling awal memeluk Islam (di Madinah) dan hidup dengan damai di bawah pimpinan Islam. Amat disayangkan dan merupakan satu pandangan yang naif untuk mengabaikan sejarah 1400 tahun lampau, yang diceritakan di dalam Al-Quran ini dan mengatakan situasi di timur tengah sekarang ini berakar dari ayat-ayat di dalam Al-Quran.

Konteks ayat-ayat di dalam Al-Quran harus difahami dengan benar. Quran diturunkan untuk semua manusia termasuk Yahudi dan Nasrani. Ramai Rasul yang diutuskan berasal dari bangsa Yahudi. Al-Quran mengkritik sebahagian orang-orang Yahudi yang tidak mahu mengikut ajaran Rasul-Rasul mereka, dan kritikan ini juga berlaku kepada orang-orang Islam yang ingkar.

Walaubagaimanapun, tindakan tentera Israel yang dengan kejam membunuh penduduk Palestin adalah tindakan yang amat zalim dan tidak berperikemanusiaan. Semoga mereka mendapat balasan yang setimpal dari Allah.

Di mana Gaza? Kenapa sebarkan SMS Masjid Al-Aqsa dikepung sedangkan Masjid Al-Aqsa berada di Baitul Muqaddis? Atau sememangnya sedang dikepung?

Suicide Note

Posted by Fikri Hassan Binabad



Mickey Mouse

Posted by Fikri Hassan Binabad

Sepasang suami dan isteri petani pulang ke rumah setelah membeli barangan keperluan di pasar. Ketika mereka mengeluarkan barang yang dibeli, seekor tikus memerhatikan kedua suami isteri itu sambil hati kecilnya berkata "hmmm…makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"


Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah sebuah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah….di rumah sekarang ada perangkap tikus…."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkap tikus !" .
Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.
Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Lembu. Namun ia mendapat jawapan sama.
" Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama
sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata " Eleh engkau ni…Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya be
rbunyi menandakan umpan sudah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang terperangkap membuat ular berbisa itu semakin ganas dan sempat mematuk isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami dapat membunuh ular berbisa tersebut, namun isterinya telah dipatuk oleh sang ular.

Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit. Setelah beberapa hari, isterinya dibenarkan pulang setelah kecederaan yang dialaminya semakin pulih, cuma demam sedikit.

Lalu isterinya minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk mengambil cakar untuk dibuat sup.

Beberapa hari kemudian demamnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya pada hari itu. Oleh kerana ramai tetamu yang datang menziarah, maka tak sampai hati pula dia tidak menjamu apa-apa.. Tanpa berfikir panjang dia pun segera menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan…Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.


MORAL DI SEBALIK KISAH INI :

SUATU HARI….KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA… FIKIRKANLAH SEKALI LAGI

Lost in Translation

Posted by Fikri Hassan Binabad

Waaa... Lamanya I tak update blog I ni... Sowwyy my blog... I'm sooo damn bz... (sebenarnye I malas nak tulis).. neway.. masa I tulis ni... my BFF Fathul (wa... sayang ko fathul... muuaxxx) buat kan I kopi jahe yang him beli masa he went to jogja wif his sista last month... waa... he seems really enjoyed his time there...

semalam I went to CL wif my fwends.. (waa... rindunye.. lama tak jalan dengan korang....) we went shopping.. n shopping... (walaupun cuma window shopping) n beli sebijik periuk nasik... sebab one of my friends nak masak nasik.. (mestila.. takkan nak masak air pulak dalam tu kan??).. den, we pergi to Kopi Luwak n I had a cup of kopi toraja n potato wedges... (sory my body... nanti I diet k)...

anyhow, masa kitorang baru jek sampai, ada sorang awek ni (cute jugak la) tengah makan dengan a boy yang pakai baju putih... me n my friends was like... hello... it's not zaman black n white anymore k... ada lagi ke orang pakai baju kaler putih zaman penuh warna ni???
we crite-crite tentang crite2 masa kitorang sekolah dulu... n ketawa2 enjoying ourselves.. masa tu ada 1 group minah2 kampung mane ntah looked at kitorang n pandang semacam jek... kitorang was like... apa pandang-pandang?? tak pernah tengok orang-orang handsome ke??

after dat, around 9 p.m, we all headed out n took a cab.. masa masuk dalam cab tu... blum apa2 orang tu dah tanya... "mau ke mana??" we all like... helllo... jalan jek la... kitorang bukan nak ikut ko balik pun.... nanti kitorang bagi tau la jalan!!!...

we arrived at 9.23 p.m... (i know the exact time sebab masa tu i tengah tengok jam yang ms.X bagi... tq ms.X...:* ) lepas tu... I mandi.. n tido... -tHe enD-

Campur adukkan bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu merupakan satu bentuk penghinaan terhadap kedua-dua bahasa. Tidak bermaksud anda tidak tahu berbahasa Inggeris jika anda menghormati bahasa anda sendiri. Bahasa Jiwa Bangsa.

Great minds discuss ideas, average minds discuss events, small minds discuss people. - Eleanor Roosevelt

The rat race of the week

Posted by Fikri Hassan Binabad

Malam minggu mungkin antara malam yang sibuk buat saya (selain malam exam). Sambil menonton Premier League bersama rakan-rakan (yang memekak!), saya sering melayani panggilan-panggilan ke telefon rumah dan SMS-SMS yang memenuhi INBOX "handset" saya - yang isinya penuh dengan pertanyaan-pertanyaan tentang keputusan bola sepak baik Premier League, La Liga, maupun Serie A dari pejudi-pejudi tegar yang buta IT.

"The excitement of not knowing". Itu yang dapat saya fikirkan apabila berbicara mengenai penggila-penggila judi. Menariknya, seingat saya tidak pernah sekali pun mereka menang. Jika menang pada "game" pertama, mereka kalah "game" yang kedua. Perasaan ini mungkin sama sahaja seperti bermain "Fantasy Football". Kita teruja kerana tidak mengetahui nasib dan "point" yang akan didapatkan oleh "player-player" yang telah kita pilih untuk minggu tersebut. Namun, judi melibatkan duit. "Fantasy Football" menyentuh "pride".

Penduduk Jakarta (jika tidak seluruh Indonesia) menurut pengamatan saya, sangat kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (atau lebih dikenali sebagai Tionghoa di Indonesia). Sebagai contoh, 5000 di Jakarta disebut juga "goceng", 100 - "cepek", 50 - "gocap", 500 - "gopek". Semuanya diambil dari bahasa Cina. Dikatakan juga, orang-orang berbangsa Cina suka berjudi kerana dapat "membuang sial". Jadi tidak pelik jika penduduk Jakarta juga terpengaruh dengan budaya ini. Di mana-mana pinggir jalan (kecuali jalan tol) setiap masa pasti dapat ditemukan orang sedang bermain catur. Tanyakan sahaja sendiri kepada mereka, pasti kebanyakan dari mereka pernah atau sedang berjudi dengan bermain catur.

(Sedikit Peringatan) Ibn Abi Hatim recorded that `Ali bin Abi Talib, the Leader of the Faithful, said that chess is a type of gambling.

Judi adalah sebuah permainan yang kompleks. Mempunyai strategi-strategi yang khusus. Pemain nombor ekor yang sejati (atau togel menurut bahasa Indonesia), pasti mempunyai rumus-rumus tersendiri untuk mem"prediksi" nombor yang bakal "naik" pada hari itu. Saya pernah melihat sebuah kertas yang di"update" setiap hari, yang isinya penuh dengan nombor-nombor yang digaris-gariskan dan di kotak-kotakkan menurut susunan "probability" yang tertentu. Selain itu, ada juga yang mempunyai kepercayaan-kepercayaan tersendiri menurut buku-buku khas yang digunakan untuk memilih nombor. Sebagai contoh, hari ini anda ke kelas dan bertemu dengan sepasang selipar di tepi jalan. Kemudian sewaktu anda pulang, selipar itu masih ada di situ. Menurut kepercayaan sesetengah orang, itu adalah sebuah petanda besar. Anda harus membuka kitab-kitab judi yang muktabar untuk mengetahui nombor apa yang mewakili selipar.

Saya pernah berbual dengan seorang yang kononnya "preman" (Bahasa Melayu = samseng Kampung Dusun). Menurutnya, ramai yang menjadi "samseng" kerana judi tidak lagi di"legal"kan di Indonesia. Akibatnya, mereka menjadi kehilangan arah. Mabuk di pinggir-pinggir jalan dan "memalak" (Bahasa Melayu = memeras/pow) orang-orang di jalan. Dahulunya, mereka cuma menghabiskan masa untuk berjudi dan tidak mengganggu ketenteraman awam. Alasan yang amat bernas dan cemerlang.

Jakarta juga dikatakan dibangun dengan hasil judi. "Search" sahaja nama "gubernur" yang dikatakan menjadi orang yang paling penting dalam pembangunan Jakarta dahulu - Ali Sadikin. Komen paling ekstrim yang saya baca : Demi Judi, Saya Rela Masuk Neraka. Katanya juga, "Bapak bapak silahkan naik helikopter saja karena seluruh jalan jalan di Jakarta dibangun dari uang judi". Namun melihat dari sisi positifnya, dia meng"halal"kan judi hanya untuk sebahagian etnik/kaum sahaja (sama sahaja dengan Genting di Malaysia) dan mengaut keuntungan dari cukai yang akhirnya dikembalikan untuk kepentingan rakyat. Sekarang ini, judi hanya menguntungkan "bandar" (Bahasa Melayu = "tokan") judi "haram" (dari segi udang-undang negara) dan orang-orang yang tertentu sahaja.

Seorang pemandu teksi pernah berkata kepada saya (dia yang menyebutkan nama Ali Sadikin kepada saya), "waktu judi di"legal"kan di Indonesia dahulu, hidup saya senang". "Saya cuma memerlukan modal sedikit, dan menunggu di hadapan pusat-pusat perjudian". Menurutnya, nanti akan ada ramai orang-orang yang keluar untuk menggadaikan harta benda milik mereka dengan harga yang "luar biasa" murah. Malah menurutnya lagi, jika anda mempunyai banyak wang, mungkin ada yang menggadaikan keretanya kepada anda.

Seorang pemandu teksi yang lain, pernah menceritakan tentang kehidupannya sewaktu bekerja di sebuah kasino mewah di dalam sebuah kapal. Kerja sampingannya amat mudah, iaitu membuka "money changer" di dalam kapal tersebut. Tidak memerlukan modal - hanya dengan meminjam wang dari teman-temannya - dan dengan menaikkan "rate" mungkin sekitar 10-20 Rupiah, dia mendapatkan pulangan yang sangat lumayan.

Mungkin jika anda rajin "membuang masa" dengan penduduk-penduduk asal Jakarta, anda akan mendengarkan cerita-cerita seperti ini.

Mungkin tulisan ini hanya menyentuh sisi-sisi positif dari judi. Hakikatnya, judi adalah janji-janji manis syaitan - umpama rayuan lelaki-lelaki "gombal" (tidak dapat difikirkan Bahasa Melayunya, kerana orang Malaysia baik-baik). Sesungguhnya, semiskin apa pun manusia (sempena duit Mara yang belum masuk yang memberikan dampak secara langsung kepada saya), hanya Allah yang dapat membantunya. Wang dari manusia lain hanyalah perantara yang tidak dapat menghilangkan kemiskinan kita. Hanya Allah jua yang dapat menariknya (kemiskinan) dari diri kita.

﴿إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَـنُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَآءَ فِى الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَوةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُّنتَهُونَ ﴾

Dengan minuman keras dan judi itu, syaitan hanyalah bermaksud menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu, dan menghalang-halangi kamu dari mengingat Allah dan melaksanakan solah. Maka tidakkah kamu mau berhenti?
(Al-Maidah ayat 91)

Escape is Just the Beginning

Posted by Fikri Hassan Binabad

Ramai yang tidak memahami rahsia di sebalik peperiksaan ataupun ujian. Ujian pada zaman ini bukanlah menguji sejauh mana anda tahu, tetapi lebih kepada mencari-cari apa yang anda tidak tahu. Akibatnya, soalan anatomi akan dirasakan seperti soalan Bahasa Tamil, soalan Obgyn seperti soalan Bahasa Mandarin, dan sebagainya. Katakan tidak lagi pada semua itu. Apa yang sebenarnya anda perlu kuasai adalah sebuah seni - Seni Menjawab Peperiksaan, yang telah diajarkan oleh The Great D. Carlos.

The Prison Break (by Michael Scofield)
Ini adalah teknik yang paling klasik dalam seni menjawab soalan peperiksaan. Dengan nota-nota yang ditulis di telapak tangan, di tangan, maupun di peha (bagi yang memakai "skirt" atau "blouse"), teknik ini memberikan "access" yang cepat dan mudah terhadap nota-nota tersebut. Namun kerugian dari teknik ini adalah tempat menulis yang amat terbatas. Hanya bahagian anterior dari lengan bawah yang dapat digunakan ("advantage" bagi yang dapat menulis menggunakan kedua-dua tangan). Selain itu juga, anda perlu berhati-hati ketika mencuci tangan anda. Untuk menggunakan teknik ini, anda perlu mempersiapkan diri anda dengan berpakaian kemeja lengan panjang, tidak dibutangkan, dan tidak dilipat.

The UltraSlim
Kunci dari keberhasilan teknik ini adalah teknologi. Selaras dengan perkembangan zaman, komunikasi kini lebih mudah terutama setelah terciptanya teknologi SMS (Short Message Service). Adalah amat disayangkan jika anda tidak memanfaatkan teknologi ini dengan maksimum. Seni ini dapat dilakukan dengan 2 cara iaitu "active-passive method" ataupun "active-active method". Active-passive adalah apabila anda memberikan SMS jawapan kepada rakan anda setelah anda selesai menjawab semua soalan dan mencatat semua jawapan anda (dapat menggunakan resit atau slip ATM dari dalam dompet anda jika anda lupa membawa sedikit cebisan kertas sebelum masuk ke dalam ruangan peperiksaan), dan anda telah keluar dari ruangan peperiksaan. Active-active method adalah teknik di mana anda menanyakan jawapan dari rakan anda menggunakan SMS, sewaktu anda sedang menjawab soalan tersebut. Ini dapat memberikan anda kesempatan mungkin untuk berbincang tentang soalan tersebut. Namun yang paling penting, jangan lupa untuk mengingatkan teman anda agar "alert" terhadap getaran telefon di sakunya. Untuk menggunakan teknik ini, saya sarankan anda memakai baju yang mempunyai "pocket" di bahagian depan supaya dapat menyimpan telefon bimbit anda. Anda juga dapat meletakkan di bawah peha anda jika lebih memudahkan. Kepada mereka yang ingin membeli telefon bimbit, saya sarankan agar anda memilih telefon yang kecil supaya seni ini dapat menjadi lebih sempurna.

The Messenger
Ini merupakan modifikasi dari teknik The UltraSlim. Untuk menggunakan teknik ini, anda memerlukan seorang teman yang tidak mengambil mata pelajaran tersebut (ataupun junior/senior yang pernah menjawab soalan tersebut). Anda dapat membuat persediaan dengan meninggalkan nota-nota kepada teman anda dan jangan lupa untuk menandakan bahagian-bahagian penting dan topik-topik yang akan anda jawab nanti. Teknik ini amat sesuai untuk dilakukan jika soalan yang anda jawab adalah soalan "essay". Kunci kejayaan teknik ini adalah kecepatan dan ketepatan jawapan yang diberikan oleh teman anda. Jangan lupa untuk memberikan "reward" kepada teman anda seperti "nasi beriyani" Sinbad dan sebagainya.

The Eagle Eye
Pepatah mengatakan, "Posisi Menentukan Prestasi". Umpama helang yang mengamati mangsanya, perhatikan jawapan teman anda yang berada di depan ataupun di sebelah anda. Jika tiba-tiba teman anda mengangkat kertas jawapannya, itu adalah peluang keemasan anda untuk menerkam mangsa anda, bak helang yang kelaparan. Jika teman anda melihat jawapan anda, angkat kertas jawapan anda seolah-olah anda sedang memeriksa jawapan anda supaya teman anda dapat melihatnya. Tolong-menolong adalah amalan yang amat mulia. Faktor utama yang menentukan kejayaan teknik ini adalah kemampuan mata anda. Jika anda seorang yang rabun, jangan lupa untuk membawa cermin mata ke ruang peperiksaan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

The Little Creature
Diceritakan pada zaman dahulu, kononnya ada seorang pembela toyol yang sakit kuat. Dalam keadaan tenat, dia memanggil toyol peliharannya dan berkata, "pada saat imam membaca talkin, kau catat jawapan-jawapan untuk soalan-soalan malaikat nanti dan tuliskan pada kain kapanku". Setelah meninggalkan pesannya, pembela toyol ini pun meninggal dunia. Namun sewaktu imam sedang membacakan talkin, toyol peliharannya baru menyedari bahawa dia tidak membawa pen maupun pensil. Kerana takut dimarahi tuannya, toyol ini pun lari ke tempat lain. Setelah semua orang pergi, datanglah malaikat untuk menanyakan soalan kepada tuan toyol ini. Setelah soalan pertama dibacakan, dengan yakinnya tuan toyol ini menjawab, "jawapannya adalah.. Made In China!!". Maka dilibaslah tuan toyol ini sehingga masuk ke dalam lapisan tanah yang ketujuh. Moral dari cerita karut ini adalah, jika ingin membawa toyol ke dalam ruang peperiksaan, pastikan toyol itu berkualiti dan dapat digunakan supaya usaha kita malam sebelumnya tidak sia-sia. Pastikan anda mempunyai kadar keyakinan yang tinggi supaya tangan anda tidak menggigil sewaktu anda menuliskan jawapan anda. Ingat, Practice Makes Perfect!

The Words On The Table
Teknik ini hanya dapat digunakan untuk peperiksaan praktikum (contohnya parasit, anatomi, patologi anatomi, ataupun mikrobiologi). Namun teknik ini hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Anda perlu mempunyai teman sehidup semati yang sanggup berkorban demi anda. Caranya adalah, suruh teman anda menulis jawapannya menggunakan pensil mekanikal di atas meja di sebelah mikroskop ataupun preparat. Teman anda haruslah orang yang menjawab soalan itu dahulu sebelum anda. Pastikan anda memadam jawapan itu setelah anda membacanya. Perkara yang paling penting, pura-pura melihat mikroskop sebelum anda menuliskan jawapan anda walaupun anda telah mendapat jawapan dari teman anda supaya tidak menimbulkan kecurigaan jika tiba-tiba lecturer berada di sebelah anda.

The Psst..
Ini adalah teknik paling umum dan yang paling sering tidak dimengerti oleh orang yang tidak menghayati seni menjawab peperiksaan. Jika lecturer anda melihat anda memanggil teman anda, panggillah teman anda dengan lebih kuat. Setelah teman anda melihat anda, minta pensil ataupun pen dari teman anda. Jika lecturer datang ke arah anda, kumpulkan keberanian anda supaya anda tidak kelihatan meragukan, dan tanya lecturer anda, pukul berapa ujian ini selesai. Kunci keberhasilan dari teknik ini adalah bahasa-bahasa isyarat yang diciptakan oleh anda dan teman anda. Bahasa itu mungkin sahaja gerakan kaki, gerakan tangan, mimik muka, dan sebagainya. Gunakan teknik ini jika anda benar-benar yakin anda sedang tidak diperhatikan.

The Sneak In, Sneak Out
Ada dua waktu kritikal sewaktu peperiksaan. 5 minit pertama, dan 5 minit terakhir. Gunakan waktu ini dengan sebaik-baiknya. Jika soalan yang anda harus jawap adalah soalan "essay", masuk ruang peperiksaan lebih awal dan lihat soalan yang ada semasa orang sedang sibuk mencari tempat duduk mereka. Kemudian dengan cepat anda keluar, dan cari jawapannya terlebih dahulu. Jika anda banyak membawa "peliharaan", simpan semua yang tidak berkaitan. Kemudian anda masuk dengan yakin dan dengan ilmu yang penuh di dada.

Ini adalah sedikit sebanyak seni menjawab peperiksaan yang dapat saya sampaikan. Jangan lupa, belajar itu adalah proses yang berlanjut sepanjang masa dan tidak kira di mana - hatta sewaktu menjawab soalan ujian (konsepnya sama sahaja seperti orang yang belajar menggunakan "past years questions"). Yakinlah, orang yang paling tidak tahu sebelum masuk ruang peperiksaan mungkin sahaja menjadi orang yang paling tahu setelah meninggalkan ruangan.

When the short guy speaks ...

Posted by Fikri Hassan Binabad

Jika mengingat kembali nasihat-nasihat dari ayah saya, pasti yang pertama saya fikirkan adalah, "Jangan Pandang Tinggi Orang Lain" - sama sahaja seperti memandang rendah diri sendiri. "Jangan Pandang Rendah Orang Lain" - nanti akan dapat mendatangkan sombong dalam diri. Mungkin menurut saya prinsipnya sama sahaja seperti - apa yang membezakan manusia di sisi Allah, hanyalah taqwa. Selagi manusia tidak dapat menciptakan sebuah alat yang dapat mengukur kadar ketaqwaan manusia (mungkin seperti alat yang dipakai oleh orang-orang Saiya dalam komik Dragon Ball), selagi itulah kita tidak dapat memandang tinggi atau rendah seseorang.

Seorang teman pernah berkata, kita tidak akan tahu bagaimana "ending" kita di dunia ini. Sebagai buktinya, pada November 2008, dia dipukul sehingga meninggal dunia - menjadi bukti dari kata-katanya sendiri. (Al-Fatihah)

Michael Jackson, seorang penyanyi yang sekarang ini lebih dikenali dengan perangainya daripada lagu-lagunya, dikatakan telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel Jackson. Jika cerita ini benar, ini merupakan contoh bahawa sesesat apa pun seseorang, jika dikehendaki Allah, boleh sahaja "ending" hidupnya di dunia ini menjadi "happy ending".

Sebaik mana pun kita, sebanyak mana pun ilmu kita, sehebat mana pun kita, kita tidak akan tahu bagaimana kehidupan kita akan berakhir. Mungkin kita seorang yang rajin beribadat, pandai, berperilaku baik, namun satu hari, kita diuji dengan masalah yang amat berat. Tidak mustahil kita bertukar menjadi seorang yang pemabuk, meninggalkan ibadat, dan akhirnya menjadikan akhir dari kehidupan kita sebuah "sad ending" yang mungkin sebagai balasan atas kesombongan tanpa kita sedari dahulu.

Hebat sangatkah kita? Rendah sangatkah orang lain?

Setinggi mana pun kita pandang seseorang, kita adalah sama hebatnya. Jangan merendahkan diri kita dengan melihat "result" orang yang lebih hebat dari kita. Kita lulus (walaupun "repeat", "at least" kita belajar 2 kali) dengan sedikit belajar dan banyak main. Belum tentu orang yang "pointer"nya lebih tinggi daripada kita dapat melakukannya.

Saya sering dikatakan membuang masa dengan membaca komik, namun belum tentu mereka tahu bagaimana cara menyelamatkan kapal yang tenggelam, nama perusahaan "salvage" yang terbesar di dunia (Master Of Sea), bagaimana keadaan kewangan dan hubungan Jepun-Cina (Ministry Of Finance), sejarah lanun, nama bendera lanun, tokoh-tokoh lanun pada zaman dahulu, ataupun bahagian-bahagian kapal (One Piece), teknik-teknik pembedahan dan sejarahnya seperti Tommy John surgery (K2), teknik, strategi dan peraturan-peraturan bola sepak (contohnya tiada "back pass" dalam futsal) (Whistle), peraturan dan strategi dalam American Football (Eyeshield 21), dan banyak lagi ilmu yang saya dapatkan hanya dengan "membuang" masa membaca komik.

Sehebat atau serendah manapun kita anggap diri kita, semua orang sama hebatnya.
Ketahuilah, sejenius mana pun Enstein... dia tidak pandai berpantun.


Jom Jiwang.ORG

Comments

Recent

BREAKDANCE . . .

Posted by Fikri Binabad
09-01-09

Jin Mata Buta

Posted by Fikri Binabad
05-17-09

JT THE GENTLEMAN

Copied by Fikri Binabad
05-07-09

OBESarITI

Posted by Fikri Binabad
05-07-09

Dulu & Sekarang

Posted by Hassan Seylan 'Abad
11-03-08