OBESariTI

Posted by Fikri Hassan Binabad Thursday, May 7, 2009

Bersama Prof. Carlos - Membongkar lima mitos di sebalik OBESITI


Obesiti merupakan masalah kesihatan
Menurut definisi WHO, obesiti adalah pengumpulan lemak yang berlebihan atau abnormal di dalam tubuh, yang berisiko terhadap kesihatan. Ini bererti, jika pengumpulan lemak itu tidak berisiko terhadap kesihatan, ia bukanlah termasuk di dalam definisi obesiti, kerana tidak ada sesiapa pun yang dapat menentukan secara pasti sama ada orang itu akan mengalami penyakit ataupun tidak.

BMI dan Body fat percentage
Menurut Badan Kesihatan Dunia (WHO), anda termasuk dalam golongan obesiti jika anda mempunyai BMI lebih dari 25 atau mempunyai peratus lemak lebih dari 25% bagi perempuan dan lebih dari 33% bagi lelaki. Namun menurut Prof. Carlos yang juga merupakan Presiden Badan Obesitas Dunia (WOO), badan tersebut akan menyerahkan sebuah memorandum kepada WHO untuk menaikkan batas BMI bagi obesiti kepada 45 dan batas peratusan lemak kepada 55% bagi wanita dan 83% bagi lelaki. "Langkah ini pasti akan mengurangkan populasi obesiti di seluruh pelusuk dunia", katanya ketika ditemuramah oleh Men's Health.

Orang gemuk tidak merasa sejuk
Ramai orang mengatakan bahawa di dalam ruang yang sejuk, orang yang mempunyai banyak lemak akan merasa lebih panas daripada orang yang kurus. Namun pendapat ini disangkal oleh Prof. Carlos yang juga merupakan seorang pakar Kulit dan Kelamin. Menurutnya, reseptor sejuk (yang baru sahaja dijumpai pada tahun 2002) dan reseptor-reseptor lain berada pada lapisan dermis kulit. Sedangkan pengumpulan lemak terdapat di adipose yang terletak pada lapisan hypodermis. Jadi tidak mungkin orang obesiti tidak merasa sejuk seperti orang yang kurus. Malah mungkin orang yang kurus lebih cepat merasa panas berbanding orang yang gemuk kerana mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi.

Orang gemuk lambat merasa lapar
Menurut Prof. Carlos, seperti paru-paru, perut juga mempunyai daya compliance dan recoil. Perut yang membesar akan menyebabkan kehilangan daya recoil seperti spring menurut Hukum Hook. Maka, perut yang besar akan merasakan lapar dengan kadar yang sama seperti perut yang bersaiz normal. Selain itu, tidak mungkin juga orang gemuk mempunyai simpanan makanan yang dapat digunakan sesuka hati ketika lapar seperti unta kerana lemak adalah simpanan emergency dan lapar biasa bukanlah keadaan emergency.

Orang gemuk mati lebih cepat
Ini adalah mitos yang sangat tidak benar. Menurut Prof. Carlos di dalam bukunya, Ilmu Mantik for Dummies, ramai orang yang menderita sakit kronik akan menjadi kurus kerana penyakitnya bertambah parah. Ini bererti, orang gemuk lebih lambat menjadi kurus dan sekaligus bermakna penyakitnya lebih lambat menjadi parah.

Obesiti menyebabkan penampilan kurang menarik
Selaras dengan perkembangan zaman, selera manusia akan sentiasa berubah-ubah. Pada tahun 60-an dan 70-an, berbadan kurus menjadi trend. Lihat sahaja filem-filem melayu pada waktu itu, ataupun band-band seperti Rolling Stone, Aerosmith, dan sebagainya. Namun pada tahun 80-an dan 90-an, berbadan sasa pula yang menggantikan. Ini disebabkan pengaruh Rambo, Arnold Schwarzenegger, Malik Noor, mahupun Awie yang berlakon dalam banyak filem-filem yang terkenal pada masa itu seperti Sembilu dan sebagainya. Namun pada abad ke 20 ini, berbadan gemuk menjadi trend oleh mereka yang dulunya berbadan sasa. Lihat saja Arnold Schwarzenegger pada masa ini. Malah Awie juga memilih untuk menaikkan berat badannya untuk berlakon dalam filem Sumolah bersama pelakon-pelakon berbadan besar lainnya seperti Afdlin Shauki, Harith Iskandar, dan sebagainya.

Thin people are beautiful, but fat people are adorable. – Jackie Gleason
Klik di Sini Untuk Cerita Tambahan

3 comments

  1. Anonymous Said,

    ya la,fat ppl tu asik buat dicubit2:D

    Posted on May 7, 2009 at 12:07 PM

     
  2. Anonymous Said,

    aku nak kurus dow...

    Posted on May 7, 2009 at 12:39 PM

     
  3. kuruskan badanmu untuk mencubit...
    besarkan badanmu untuk dicubit...
    hehe

    Posted on May 7, 2009 at 7:55 PM

     

Post a Comment


Jom Jiwang.ORG

Comments

Recent

BREAKDANCE . . .

Posted by Fikri Binabad
09-01-09

Jin Mata Buta

Posted by Fikri Binabad
05-17-09

JT THE GENTLEMAN

Copied by Fikri Binabad
05-07-09

OBESarITI

Posted by Fikri Binabad
05-07-09

Dulu & Sekarang

Posted by Hassan Seylan 'Abad
11-03-08