Posted by
Fikri Hassan Binabad
Tatkala menikmati hari "nyepi" ini, tiba-tiba datang sebuah perasaan sentimental di dalam diri gua. Tanpa ragu-ragu gua pun meng"google" sekolah lama gua. SMKA Maahad Muar. Hasilnya, gua menemukan sebuah blog seorang cikgu sekolah gua. Dengan yakinnya gua melawat blog tersebut. Dicelah-celah posting kejayaan murid-murid sekolah lama gua yang bijak-bijak dari dulu sampailah sekarang, ada sebuah post yang secara umumnya ditujukan untuk gua. Gua rasa berbangga sebab sekolah gua sekarang dah makin cantik.
Lima tahun gua sematkan logo ini di dada gua. Berilmu, beriman, beramal. Setelah gua keluar dari sekolah ini, gua secara rasminya telah menjadi seorang manusia yang lebih berilmu, lebih beriman, dan lebih beramal. He, he, he.
Belakang pokok ini, terletak sebuah surau yang dinamakan surau al-Muhajirin. Di sekolah gua, semua murid diwajibkan sembahyang Zohor sebelum balik. Kalau mati dalam perjalanan balik, sekurang-kurangnya sudah menunaikan kewajipan. Tapi gua sebagai murid mithali, selalu lepak depan tangga surau masa budak-budak lain sembahyang. Alasan gua, seluar kotor. Depan surau tu ada tempat parking motor. Gua dulu rider. Member-member gua yang rider semua pernah accident. Gua sebagai presiden Kelab Keselamatan Jalan Raya pernah accident sampai patah tangan masa gua Form 5 dulu.Sebelum sekolah gua ada dewan besar, kami berhimpun setiap pagi di court bola tampar ini. Gua dulu selamba kalau kena suruh jadi pengacara majlis. Kalau hari jumaat pun gua boleh jadi pengacara majlis dalam bahasa Arab. Nabda'u hazal majlis bi qiraatil Ummul Furqan Al-Fatihah. Gua ingat sampai sekarang. Ha, ha, ha.
Apa-apa pun, tahniah kepada pengurusan sekolah sebab berjaya mendapatkan bangunan baru. Dah lahirkan beribu-ribu murid yang berilmu, beriman, dan beramal baru ada orang tersedar nak sponsor cantikkan lagi sekolah ini.Lepas gua dapat result PMR gua dulu, ramai member gua keluar dari sekolah gua ini. Tapi gua tetap stay. Bagi gua, gua berjaya bukan sebab gua. Sebab cikgu-cikgu sekolah gua.Berilmu. Beriman. Beramal.
Posted by
Fikri Hassan Binabad
Gua duduk depan komputer. Gua baca berita harian online sambil makan pappadam. Semalam bapak gua suruh member dia bagi gua pappadam-pappadam tersebut. Dia bagi punyalah banyak macam nak suruh gua buka kedai mamak.Sedang gua membaca berita sambil ber"pappadam"an, ada berita yang menarik perhatian gua. Tanah gua sedang dijajah oleh para pembekal pappadam. Pembekal-pembekal pappadam ini mengugut untuk menaikkan harga teh tarik dan roti canai di restoran mereka. Kata mereka, ini disebabkan kenaikan levi pengambilan pekerja asing. Gua rasa, mesti harga pappadam juga akan meningkat. Tapi gua tetap "cool". Sebab bapak gua seorang peramal masa depan. Sekurang-kurangnya gua ada bekalan pappadam. Kalau gua "sengkek", gua boleh jadi pembekal pappadam.Emak gua orang Melayu. Dia buat roti canai lagi sedap daripada roti canai pembekal pappadam. Dulu emak gua nak buka restoran. Tapi emak gua ada masalah nak cari pekerja Melayu. Emak gua pun terpaksa menguburkan cita-citanya. Emak gua jadi cikgu. Emak gua nak ajar orang Melayu buat roti canai dan teh tarik.Gua duduk depan komputer. Gua baca berita harian online sambil makan pappadam. Semalam bapak gua suruh member dia bagi gua pappadam-pappadam tersebut. Dia bagi punyalah banyak macam nak suruh gua buka kedai mamak.
Posted by
Fikri Hassan Binabad
Sudah lama saya tidak menulis. Kata Afdlin Shauki dalam blognya, Hidup Lebih Penting.Hampir 2 bulan saya melawan sistem. Fikri VS Sistem. Sistem menang mudah. Indahnya hidup jika manusia tidak membuat aturan.Hidup umpama Freecell. Salah susun, parah akibatnya.Cards Left : 8. Satu ada di free cells. Enam telah tersusun. Satu lagi tiada tempat.Ctrl+Z. Tidak boleh.F2. New game.
Nasib.. Nasib..
Posted by
Fikri Hassan Binabad
Dalam perjalanan pulang ke Jakarta, saya singgah sebentar di R&R.Waiter : Minum apa bang?Saya : Kopi tunjuk langitLepas minum, apa yang menunjuk ke langit ya?P/s : Badang jadi kuat selepas makan muntah hantu.Sila Klik Di Sini