As Black As Ink . . .

Posted by Fikri Hassan Binabad Wednesday, December 31, 2008

A beverage as black as ink, useful against numerous illnesses, particularly those of the stomach. Its consumers take it in the morning, quite frankly, in a porcelain cup that is passed around and from which each one drinks a cupful. It is composed of water and the fruit from a bush called bunnu. - Leonhard Rauwolf

Umpama Isaac Newton yang menjelaskan graviti setelah memerhatikan sebuah epal yang jatuh dari pokok, Kaldi, seorang pengembala kambing dari pergunungan Ethiopia memerhatikan kambingnya yang "menari-nari" setelah memakan sejenis buah. Dengan penemuan Kaldi (atau kambingnya), pada awal abad ke-9, dunia digemparkan dengan sebuah tumbuhan, yang penuh kontroversi, yang pernah diseludup benihnya dari Arab oleh Pieter van den Broeck yang berasal dari Belanda, dan ditanam di seluruh kepulauan Indonesia. Tumbuhan yang dijadikan minuman ini dikenal sebagai caffè di Itali, di Arab - قهوة‎, di Inggeris - Coffee, dan di Malaysia dan Indonesia - Kopi.

Saya merupakan seorang "penikmat" kopi sejak kecil lagi. Ini merupakan "list" kopi-kopi yang bertakhta di hati saya.

5. Nescafe 3 in 1 (RICH)
Dengan rasa Kaya Dan Pekat, Nescafe 3 in 1 (RICH) ini sangatlah sesuai dijadikan minuman untuk membuka hari dengan lebih bermakna. Namun, tentu sahaja minuman ini dapat dinikmati bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada terutama sewaktu sedang belajar ataupun sedang menggunakan komputer.

Dalam menyediakan minuman ini, air panas yang digunakan haruslah dalam kuantiti yang tepat. Hanya 2 gelas di rumah saya yang memberikan sukatan yang tepat untuk dapat merasakan kenikmatan minuman ini dengan maksimum. Jika anda menggunakan gelas percuma yang didapatkan setelah membeli Tongkat Ali - Ali Cafe (bergambar Rosyam Nor dan Mawi), saya sarankan agar anda tidak memenuhkan gelas dengan air panas dan meninggalkan jarak 2 cm antara air dan mulut gelas.

Bagaimanapun, harus dimengerti bahawa Nescafe 3 in 1 yang lain (MILD ataupun STRONG) tidak dapat memberikan kenikmatan yang sama seperti Nescafe 3 in 1 Rich.

4. Monalisa Coffee (Sai Kee 434 Instant Coffee)
Minuman yang baru saya kenali tahun 2008 ini awalnya tidak berjaya memikat hati saya. Tetapi setelah mencubanya beberapa kali, minuman ini telah berjaya membuat saya jatuh hati dengannya. Penyediaan kopi ini sama seperti Nescafe 3 in 1. Dengan rasanya yang tidak terlalu manis (extra strong, less sugar), minuman ini sesuai diminumkan pada waktu petang ataupun awal malam. Sedikit rasa anggur memberikan Monalisa ini suatu citarasa Itali yang sesungguhnya dapat membuat Monalisa dan anda terus tersenyum.

Namun saya menasihatkan jika persediaan anda hanya tinggal 1 "stick", janganlah membiarkannya di tempat terbuka seperti di atas meja, untuk mengelakkan senyuman anda hilang tatkala rakan anda mengambil dan meminumnya.




3. Caramel Macchiato (Hot) by Starbucks
Tidak mungkin kita melupakan Starbucks jika berbicara mengenai kopi. Kualiti kopi yang dihasilkan tidak pernah mengecewakan, dan keenakannya diiktiraf di seluruh dunia. Kopi keluaran starbucks yang menjadi pujaan hati saya adalah Caramel Macchiato - The Deadly C's (Caffeine And Caramel). Dengan rasa espresso yang dilembutkan sedikit dengan susu dan ditambah dengan kemanisan "caramel" menjadikan Caramel Macchiato sebagai satu mahakarya dari Starbucks.

Minuman ini sesuai dinikmati di kala kebosanan, "melepak" dengan rakan-rakan, dan yang paling penting, sewaktu keadaan kewangan memungkinkan.


2. Kopi Luwak
Mungkin "The Most Expensive Coffee (shit) in The World" ini seharusnya mendapat tempat pertama. Namun dengan harga 8 USD (Rp 80 000) secawan, saya terpaksa meletakkan kopi ini di tangga kedua.

Tidak dapat dinafikan, kopi ini memang memberikan kenikmatan yang luar biasa. Aromanya yang dapat membangkitkan "ghairah hidup" dan rasa "manis buah" yang terasa di lidah pada hirupan pertama, meninggalkan suatu sensasi yang tiada duanya. Dengan menjalani proses "fermentation" yang sempurna di dalam saluran pencernaan, biji kopi yang diproses dari tinja (taik) Luwak ini dapat menghasilkan suatu minuman yang begitu luar biasa.

Minuman ini harus dicuba oleh semua "penikmat" kopi yang berada di Indonesia.


1. Kopi 434 by Sai Kee
Bak kata pepatah, daripada hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri. Kopi yang dihasilkan sejak 1953 di sebuah daerah yang amat makmur dan damai (serta mempunyai penduduk yang berhati mulia dan bersopan santun) ini tidak dapat ditandingi mana-mana kopi dari seluruh dunia.

Warna, aroma, dan rasa dari kopi ini memberikan suatu kesan "tradisional" dan penuh dengan nostalgia. Dengan perpaduan "margarine" dan gula di dalam biji kopinya, menjadikan kopi 434 suatu kopi yang unik. Aromanya yang sangat menyegarkan menambahkan kenikmatan kopi ini. Kopi ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa dengan cara "extra strong, extra sweet".

Jika anda berkesempatan datang ke Muar, saya sarankan agar anda mencuba kopi ini di Cafe 434, di alamat 121, Jalan Maharani, Muar (depan "bentayan"). Jangan lupa untuk merasa roti bakarnya yang tidak kalah enaknya.

0 comments

Post a Comment


Jom Jiwang.ORG

Comments

Recent

BREAKDANCE . . .

Posted by Fikri Binabad
09-01-09

Jin Mata Buta

Posted by Fikri Binabad
05-17-09

JT THE GENTLEMAN

Copied by Fikri Binabad
05-07-09

OBESarITI

Posted by Fikri Binabad
05-07-09

Dulu & Sekarang

Posted by Hassan Seylan 'Abad
11-03-08