Assalamualaikum dan Selamat Pagi . . .
Tulisan saya mengenai isu Palestin-Israel semalam memberi pelbagai reaksi. Izinkan saya menambah sedikit lagi hari ini.
Di dalam surah Al-Anfal ayat 65 dan 66, Allah menunjukkan kita sebuah perumpamaan yang amat menarik. Di dalam ayat 65, dapat kita simpulkan bahawa, jika seseorang Muslim itu benar-benar ikhlas (sabar) dalam berjuang menegakkan agama Allah, hanya dengan hanya 10% kekuatan, kita dapat kalahkan 100% kekuatan musuh. Namun dalam ayat seterusnya, jika ada sedikit kelemahan dalam diri mereka, 10% kekuatan hanya dapat mengalahkan 20% kekuatan musuh. Sesungguhnya, musuh-musuh Islam itu adalah kaum yang tidak mengerti (bahawa berperang itu adalah untuk membela keyakinan dan menaati perintah Allah, bukan semata-mata mempertahankan tradisi dan untuk maksud-maksud duniawi lainnya).
Mungkin menurut sebahagian ahli tafsir, ayat yang kedua itu menasakhkan ayat pertama tadi. Namun, tanpa membincangkan hal ini, mari kita sama-sama memikirkan hikmah daripada ayat ini. Al-Quran itu diturunkan untuk memperkukuhkan iman kita dan bukanlah hanya sebuah buku sejarah semata-mata.
Kembali kepada isu Palestin-Israel.
Apa yang saya ingin sampaikan adalah, bagaimana penghayatan kita mengenai perang dalam zaman yang penuh dengan fitnah ini. Perang kerana anti yahudi, anti zionis, menurut saya hanyalah sebuah perang politik. Siapa yang mula mengeluarkan doktrin-dokrin ini? Seorang teman saya pernah menjawab - Hitler. Adakah kita sekarang melanjutkan perang yang tidak diselesaikan oleh Hitler?
Untuk mengharapkan kemenangan, kita harus mengharapkan pertolongan dari Allah. Namun, pertolongan Allah itu hanya akan datang jika kita sabar, dan benar-benar ikhlas berjuang untuk Islam. Bukan untuk yang lain.
Kita doakan anak-anak Palestin supaya tidak lupa erti dari perjuangan mereka. Perjuangan mereka bukan untuk Hamas. Perjuangan mereka bukan untuk bangsa Palestin. Perjuangan mereka bukan untuk keluarga mereka yang telah meninggal. Perjuangan mereka bukan kerana dendam. Perjuangan mereka bukan kerana tanah Palestin. Perjuangan mereka hanyalah kerana Allah.
Jadikan peristiwa Palestin-Israel ini sebagai peringatan dari Allah agar kita sama-sama belajar untuk lebih menghayati erti peperangan menurut Islam. Jika semua umat Islam bersatu untuk menghayati erti peperangan ini, pasti akan lahir seorang pemimpin seperti Khalifah Umar dan Salehuddin Al-Ayubi, yang takut akan dosa-dosa sendiri lebih daripada takut akan musuh-musuhnya.
Wallahualam

Comments
Recent
- miawww...miawww..abang pikri keweennnnnnnnnn!! abg... - Anonymous
- anti-football tu kempen aku la.. hehehe - Anonymous
- ape hubungan anti football dengan topik aku ni?? h... - Fikri Hassan Binabad
- pandai cik nonoy.... PS plak ape?? - Fikri Hassan Binabad
- percakapan dalam suatu kelas Guru: anak2, apa yg p... - Anonymous
1 Comment
peperangan yg paling utama ialah melawan nafsu dan kebiasaan diri! yuk lawan nafsu kemalasan kita dari solat bersendirian ke solat berjemaah, lawan nafsu kita dari banyak membaca komik kpd byk membaca dan memahami al-quran.. lawan nafsu kita agar tunduk kepada setiap kehendak dan ketetapan Allah!!
satu perkara yg perlu kita ingat 3M
- Mula dari diri sendiri
-Mula dari hal yg kecil
- Mula dari saat ini...
Posted on January 1, 2009 at 4:09 AM
Post a Comment