David vs Goliath

Posted by Fikri Hassan Binabad Tuesday, December 30, 2008

Aku malas nak menulis-nulis blog ni.. lagi pun takde idea nak tulis ape tapi pagi tadi, lepas berbahas2 tak tentu pasal dengan faiz... faiz suruh aku tulis mende ni kat saifulislam.com.. alang2 tu, aku post jek la kat sini.. pape pun... komen jek la.. mane le tau aku salah pengertian ke.. salah ape ke... wallahualam..

Assalamualaikum..

Dalam surah Al-Isra' ayat 100-104, Allah mengatakan bahawa suatu saat nanti, apabila hari kiamat hampir tiba, kaum yahudi akan datang ke Israel dan menempati kawasan tersebut. (menurut pemahaman sebahagian ahli tafsir), dan janji Allah ini telah pun ditepati. Oleh itu, salahkah untuk kita menjadikan israel sebagai sebuah negara yang berdamai dengan Islam?

Allah mengingatkan kita dengan sifat orang yahudi, tetapi itu tidak boleh menjadikan kita sebagai seorang anti yahudi dan anti zionis yang dengan senangnya menghalalkan darah SEMUA orang yahudi di dunia ini.

Menurut al-quran lagi, tiada orang yang berhak mengklaim bahawa suatu tanah itu milik sebuah agama, bangsa, maupun sesebuah komuniti selama-lamanya (surah Ali Imran ayat 26)

Allah memberi tanah kepada orang yang dikehendaki, dan menariknya kembali sebagai peringatan. Namun hikmah di sebalik hal ini harus difikirkan dengan mendalam dan sesungguhnya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Selain itu, adakah menggunakan agama Islam sebagai dasar untuk mengusir yahudi dari tanah (yang sekarang mereka diami) itu sebagai sebuah ajaran Islam yang sebenarnya? Menurut saya, ini adalah sebuah fahaman sekuler yang meletakkan Negara dan Bangsa di atas Agama.

Sesungguhnya, tidak dapat dinafikan kita semua marah dengan tindakan yahudi yang dengan kejam membunuh umat Islam sesuka hati mereka. Tetapi menurut saya, itu bukan dasar untuk kita membenci yahudi. Kita membenci mereka kerana mereka ingkar kepada Allah, dan segala perbuatan mereka kepada umat Islam adalah peringatan kepada kita semua.

Ikhlaskah kita dalam perjuangan menentang yahudi? Adakah itu untuk menegakkan Islam atau memperjuangkan tanah yang kita semua yakini bahawa hanya mutlak milik Allah?

Menurut saya, perjuangan pembebasan palestin adalah sama dengan pembebasan Aceh. Mereka perjuangkan kemerdekaan demi menguasai sebuah tempat yang akhirnya dengan mudah Allah menghancurkan tempat itu dengan tsunami.

Bantuan Allah hanya akan datang untuk mereka yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan agama. Kenapa Rasulullah boleh menang melawan musuh dengan tentera yang sedikit?

Saidina Umar (maaf jika saya salah) pernah berkata kepada tentera-tenteranya, "aku lebih takut dengan dosa-dosa kamu semua lebih daripada aku takut dengan musuh-musuhku".

Perang dalam Islam sering disalah ertikan oleh orang Islam itu sendiri. Natijahnya, ramai orang bukan Islam yang memandang Islam sebagai sebuah Agama yang sukakan peperangan dan keganasan. Jika orang Islam (khususnya di palestin) benar-benar berjuang demi Islam, pasti mereka mendapat kemenangan seperti yang dijanjikan Allah (Al-Anfal 65-66)

Kesimpulannya, Allah telah berjanji akan meletakkan kembali orang yahudi di israel. Kita harus yakini hal ini dan menerimanya dengan hati yang ikhlas dan meyakini bahawa Allah lebih mengetahui segala-galanya. Kanak-kanak di palestin harus diajarkan memegang quran lebih dahulu sebelum mereka diajarkan memegang senjata. Mereka harus dididik menjadi seorang mukmin yang hebat, bukan sebagai seorang tentera yang hebat semata-mata.

Kita harus yakin akan janji Allah bahawa Allah akan memberikan kemenangan terakhir kepada umat Islam. Sebelum itu, kita haruslah memperbaiki diri kita - bukan dengan menyerang yahudi dengan lebih hebat, tetapi dengan keyakinan yang kuat kerana sudah tentu pada akhirnya, kemenangan akan ada di pihak kita.

Negara-negara arab haruslah memainkan peranan mereka dengan lebih bijak. Raja Faysal dari Iraq pernah berkata:

"The Arabs, and particularly the educated ones among them, must look at the Zionist movement with the deepest sympathy."

Bangsa yahudi adalah bangsa yang amat menyedihkan. Mereka ditutup hatinya dari hidayah Allah dan dibutakan dengan kebencian. Janganlah kita menjadi seperti mereka yang hanya dahagakan darah musuh hingga lupakan apa yang kita perjuangkan.

Jika harus menerima Israel sebagai sebuah negara yang berdamai dengan Islam, kita harus menerimanya dengan ikhlas. Jangan lupa, suatu saat nanti, palestin pasti akan jatuh ke tangan kita. Tapi bukan palestin yang kita semua mahukan, hanya keredhaan Allah yang kita semua impikan. Kekalahan tidak bermaksud kalah. Menang tidak bermaksud menang.

Wallahualam.

Cerita Selingan sebagai iktibar.. haha...

Seorang satria dan beberapa prajurit kembali ke istana setelah melewati pertempuran yang sengit di medan perang.

"Bagaimana hasil dari peperangan kita?" tanya Sang Raja.

"Tuanku Raja," jawab si satria dengan bangga, "Saya dan pasukan sudah menjarah, merampok, dan membumihanguskan wilayah musuh Anda yang berada di sebelah utara!"

"APAA??!!" teriak Sang Raja saking kagetnya. "Saya tidak pernah punya musuh di wilayah utara!"

"OHHHHHHHHHH ......!" respon si satria, "Itu berarti ... mulai saat ini Anda akan mempunyai musuh di utara ...."

0 comments

Post a Comment


Jom Jiwang.ORG

Comments

Recent

BREAKDANCE . . .

Posted by Fikri Binabad
09-01-09

Jin Mata Buta

Posted by Fikri Binabad
05-17-09

JT THE GENTLEMAN

Copied by Fikri Binabad
05-07-09

OBESarITI

Posted by Fikri Binabad
05-07-09

Dulu & Sekarang

Posted by Hassan Seylan 'Abad
11-03-08