The rat race of the week

Posted by Fikri Hassan Binabad Saturday, January 3, 2009

Malam minggu mungkin antara malam yang sibuk buat saya (selain malam exam). Sambil menonton Premier League bersama rakan-rakan (yang memekak!), saya sering melayani panggilan-panggilan ke telefon rumah dan SMS-SMS yang memenuhi INBOX "handset" saya - yang isinya penuh dengan pertanyaan-pertanyaan tentang keputusan bola sepak baik Premier League, La Liga, maupun Serie A dari pejudi-pejudi tegar yang buta IT.

"The excitement of not knowing". Itu yang dapat saya fikirkan apabila berbicara mengenai penggila-penggila judi. Menariknya, seingat saya tidak pernah sekali pun mereka menang. Jika menang pada "game" pertama, mereka kalah "game" yang kedua. Perasaan ini mungkin sama sahaja seperti bermain "Fantasy Football". Kita teruja kerana tidak mengetahui nasib dan "point" yang akan didapatkan oleh "player-player" yang telah kita pilih untuk minggu tersebut. Namun, judi melibatkan duit. "Fantasy Football" menyentuh "pride".

Penduduk Jakarta (jika tidak seluruh Indonesia) menurut pengamatan saya, sangat kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (atau lebih dikenali sebagai Tionghoa di Indonesia). Sebagai contoh, 5000 di Jakarta disebut juga "goceng", 100 - "cepek", 50 - "gocap", 500 - "gopek". Semuanya diambil dari bahasa Cina. Dikatakan juga, orang-orang berbangsa Cina suka berjudi kerana dapat "membuang sial". Jadi tidak pelik jika penduduk Jakarta juga terpengaruh dengan budaya ini. Di mana-mana pinggir jalan (kecuali jalan tol) setiap masa pasti dapat ditemukan orang sedang bermain catur. Tanyakan sahaja sendiri kepada mereka, pasti kebanyakan dari mereka pernah atau sedang berjudi dengan bermain catur.

(Sedikit Peringatan) Ibn Abi Hatim recorded that `Ali bin Abi Talib, the Leader of the Faithful, said that chess is a type of gambling.

Judi adalah sebuah permainan yang kompleks. Mempunyai strategi-strategi yang khusus. Pemain nombor ekor yang sejati (atau togel menurut bahasa Indonesia), pasti mempunyai rumus-rumus tersendiri untuk mem"prediksi" nombor yang bakal "naik" pada hari itu. Saya pernah melihat sebuah kertas yang di"update" setiap hari, yang isinya penuh dengan nombor-nombor yang digaris-gariskan dan di kotak-kotakkan menurut susunan "probability" yang tertentu. Selain itu, ada juga yang mempunyai kepercayaan-kepercayaan tersendiri menurut buku-buku khas yang digunakan untuk memilih nombor. Sebagai contoh, hari ini anda ke kelas dan bertemu dengan sepasang selipar di tepi jalan. Kemudian sewaktu anda pulang, selipar itu masih ada di situ. Menurut kepercayaan sesetengah orang, itu adalah sebuah petanda besar. Anda harus membuka kitab-kitab judi yang muktabar untuk mengetahui nombor apa yang mewakili selipar.

Saya pernah berbual dengan seorang yang kononnya "preman" (Bahasa Melayu = samseng Kampung Dusun). Menurutnya, ramai yang menjadi "samseng" kerana judi tidak lagi di"legal"kan di Indonesia. Akibatnya, mereka menjadi kehilangan arah. Mabuk di pinggir-pinggir jalan dan "memalak" (Bahasa Melayu = memeras/pow) orang-orang di jalan. Dahulunya, mereka cuma menghabiskan masa untuk berjudi dan tidak mengganggu ketenteraman awam. Alasan yang amat bernas dan cemerlang.

Jakarta juga dikatakan dibangun dengan hasil judi. "Search" sahaja nama "gubernur" yang dikatakan menjadi orang yang paling penting dalam pembangunan Jakarta dahulu - Ali Sadikin. Komen paling ekstrim yang saya baca : Demi Judi, Saya Rela Masuk Neraka. Katanya juga, "Bapak bapak silahkan naik helikopter saja karena seluruh jalan jalan di Jakarta dibangun dari uang judi". Namun melihat dari sisi positifnya, dia meng"halal"kan judi hanya untuk sebahagian etnik/kaum sahaja (sama sahaja dengan Genting di Malaysia) dan mengaut keuntungan dari cukai yang akhirnya dikembalikan untuk kepentingan rakyat. Sekarang ini, judi hanya menguntungkan "bandar" (Bahasa Melayu = "tokan") judi "haram" (dari segi udang-undang negara) dan orang-orang yang tertentu sahaja.

Seorang pemandu teksi pernah berkata kepada saya (dia yang menyebutkan nama Ali Sadikin kepada saya), "waktu judi di"legal"kan di Indonesia dahulu, hidup saya senang". "Saya cuma memerlukan modal sedikit, dan menunggu di hadapan pusat-pusat perjudian". Menurutnya, nanti akan ada ramai orang-orang yang keluar untuk menggadaikan harta benda milik mereka dengan harga yang "luar biasa" murah. Malah menurutnya lagi, jika anda mempunyai banyak wang, mungkin ada yang menggadaikan keretanya kepada anda.

Seorang pemandu teksi yang lain, pernah menceritakan tentang kehidupannya sewaktu bekerja di sebuah kasino mewah di dalam sebuah kapal. Kerja sampingannya amat mudah, iaitu membuka "money changer" di dalam kapal tersebut. Tidak memerlukan modal - hanya dengan meminjam wang dari teman-temannya - dan dengan menaikkan "rate" mungkin sekitar 10-20 Rupiah, dia mendapatkan pulangan yang sangat lumayan.

Mungkin jika anda rajin "membuang masa" dengan penduduk-penduduk asal Jakarta, anda akan mendengarkan cerita-cerita seperti ini.

Mungkin tulisan ini hanya menyentuh sisi-sisi positif dari judi. Hakikatnya, judi adalah janji-janji manis syaitan - umpama rayuan lelaki-lelaki "gombal" (tidak dapat difikirkan Bahasa Melayunya, kerana orang Malaysia baik-baik). Sesungguhnya, semiskin apa pun manusia (sempena duit Mara yang belum masuk yang memberikan dampak secara langsung kepada saya), hanya Allah yang dapat membantunya. Wang dari manusia lain hanyalah perantara yang tidak dapat menghilangkan kemiskinan kita. Hanya Allah jua yang dapat menariknya (kemiskinan) dari diri kita.

﴿إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَـنُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَآءَ فِى الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَوةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُّنتَهُونَ ﴾

Dengan minuman keras dan judi itu, syaitan hanyalah bermaksud menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu, dan menghalang-halangi kamu dari mengingat Allah dan melaksanakan solah. Maka tidakkah kamu mau berhenti?
(Al-Maidah ayat 91)

0 comments

Post a Comment


Jom Jiwang.ORG

Comments

Recent

BREAKDANCE . . .

Posted by Fikri Binabad
09-01-09

Jin Mata Buta

Posted by Fikri Binabad
05-17-09

JT THE GENTLEMAN

Copied by Fikri Binabad
05-07-09

OBESarITI

Posted by Fikri Binabad
05-07-09

Dulu & Sekarang

Posted by Hassan Seylan 'Abad
11-03-08