Escape is Just the Beginning

Posted by Fikri Hassan Binabad Friday, January 2, 2009

Ramai yang tidak memahami rahsia di sebalik peperiksaan ataupun ujian. Ujian pada zaman ini bukanlah menguji sejauh mana anda tahu, tetapi lebih kepada mencari-cari apa yang anda tidak tahu. Akibatnya, soalan anatomi akan dirasakan seperti soalan Bahasa Tamil, soalan Obgyn seperti soalan Bahasa Mandarin, dan sebagainya. Katakan tidak lagi pada semua itu. Apa yang sebenarnya anda perlu kuasai adalah sebuah seni - Seni Menjawab Peperiksaan, yang telah diajarkan oleh The Great D. Carlos.

The Prison Break (by Michael Scofield)
Ini adalah teknik yang paling klasik dalam seni menjawab soalan peperiksaan. Dengan nota-nota yang ditulis di telapak tangan, di tangan, maupun di peha (bagi yang memakai "skirt" atau "blouse"), teknik ini memberikan "access" yang cepat dan mudah terhadap nota-nota tersebut. Namun kerugian dari teknik ini adalah tempat menulis yang amat terbatas. Hanya bahagian anterior dari lengan bawah yang dapat digunakan ("advantage" bagi yang dapat menulis menggunakan kedua-dua tangan). Selain itu juga, anda perlu berhati-hati ketika mencuci tangan anda. Untuk menggunakan teknik ini, anda perlu mempersiapkan diri anda dengan berpakaian kemeja lengan panjang, tidak dibutangkan, dan tidak dilipat.

The UltraSlim
Kunci dari keberhasilan teknik ini adalah teknologi. Selaras dengan perkembangan zaman, komunikasi kini lebih mudah terutama setelah terciptanya teknologi SMS (Short Message Service). Adalah amat disayangkan jika anda tidak memanfaatkan teknologi ini dengan maksimum. Seni ini dapat dilakukan dengan 2 cara iaitu "active-passive method" ataupun "active-active method". Active-passive adalah apabila anda memberikan SMS jawapan kepada rakan anda setelah anda selesai menjawab semua soalan dan mencatat semua jawapan anda (dapat menggunakan resit atau slip ATM dari dalam dompet anda jika anda lupa membawa sedikit cebisan kertas sebelum masuk ke dalam ruangan peperiksaan), dan anda telah keluar dari ruangan peperiksaan. Active-active method adalah teknik di mana anda menanyakan jawapan dari rakan anda menggunakan SMS, sewaktu anda sedang menjawab soalan tersebut. Ini dapat memberikan anda kesempatan mungkin untuk berbincang tentang soalan tersebut. Namun yang paling penting, jangan lupa untuk mengingatkan teman anda agar "alert" terhadap getaran telefon di sakunya. Untuk menggunakan teknik ini, saya sarankan anda memakai baju yang mempunyai "pocket" di bahagian depan supaya dapat menyimpan telefon bimbit anda. Anda juga dapat meletakkan di bawah peha anda jika lebih memudahkan. Kepada mereka yang ingin membeli telefon bimbit, saya sarankan agar anda memilih telefon yang kecil supaya seni ini dapat menjadi lebih sempurna.

The Messenger
Ini merupakan modifikasi dari teknik The UltraSlim. Untuk menggunakan teknik ini, anda memerlukan seorang teman yang tidak mengambil mata pelajaran tersebut (ataupun junior/senior yang pernah menjawab soalan tersebut). Anda dapat membuat persediaan dengan meninggalkan nota-nota kepada teman anda dan jangan lupa untuk menandakan bahagian-bahagian penting dan topik-topik yang akan anda jawab nanti. Teknik ini amat sesuai untuk dilakukan jika soalan yang anda jawab adalah soalan "essay". Kunci kejayaan teknik ini adalah kecepatan dan ketepatan jawapan yang diberikan oleh teman anda. Jangan lupa untuk memberikan "reward" kepada teman anda seperti "nasi beriyani" Sinbad dan sebagainya.

The Eagle Eye
Pepatah mengatakan, "Posisi Menentukan Prestasi". Umpama helang yang mengamati mangsanya, perhatikan jawapan teman anda yang berada di depan ataupun di sebelah anda. Jika tiba-tiba teman anda mengangkat kertas jawapannya, itu adalah peluang keemasan anda untuk menerkam mangsa anda, bak helang yang kelaparan. Jika teman anda melihat jawapan anda, angkat kertas jawapan anda seolah-olah anda sedang memeriksa jawapan anda supaya teman anda dapat melihatnya. Tolong-menolong adalah amalan yang amat mulia. Faktor utama yang menentukan kejayaan teknik ini adalah kemampuan mata anda. Jika anda seorang yang rabun, jangan lupa untuk membawa cermin mata ke ruang peperiksaan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

The Little Creature
Diceritakan pada zaman dahulu, kononnya ada seorang pembela toyol yang sakit kuat. Dalam keadaan tenat, dia memanggil toyol peliharannya dan berkata, "pada saat imam membaca talkin, kau catat jawapan-jawapan untuk soalan-soalan malaikat nanti dan tuliskan pada kain kapanku". Setelah meninggalkan pesannya, pembela toyol ini pun meninggal dunia. Namun sewaktu imam sedang membacakan talkin, toyol peliharannya baru menyedari bahawa dia tidak membawa pen maupun pensil. Kerana takut dimarahi tuannya, toyol ini pun lari ke tempat lain. Setelah semua orang pergi, datanglah malaikat untuk menanyakan soalan kepada tuan toyol ini. Setelah soalan pertama dibacakan, dengan yakinnya tuan toyol ini menjawab, "jawapannya adalah.. Made In China!!". Maka dilibaslah tuan toyol ini sehingga masuk ke dalam lapisan tanah yang ketujuh. Moral dari cerita karut ini adalah, jika ingin membawa toyol ke dalam ruang peperiksaan, pastikan toyol itu berkualiti dan dapat digunakan supaya usaha kita malam sebelumnya tidak sia-sia. Pastikan anda mempunyai kadar keyakinan yang tinggi supaya tangan anda tidak menggigil sewaktu anda menuliskan jawapan anda. Ingat, Practice Makes Perfect!

The Words On The Table
Teknik ini hanya dapat digunakan untuk peperiksaan praktikum (contohnya parasit, anatomi, patologi anatomi, ataupun mikrobiologi). Namun teknik ini hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Anda perlu mempunyai teman sehidup semati yang sanggup berkorban demi anda. Caranya adalah, suruh teman anda menulis jawapannya menggunakan pensil mekanikal di atas meja di sebelah mikroskop ataupun preparat. Teman anda haruslah orang yang menjawab soalan itu dahulu sebelum anda. Pastikan anda memadam jawapan itu setelah anda membacanya. Perkara yang paling penting, pura-pura melihat mikroskop sebelum anda menuliskan jawapan anda walaupun anda telah mendapat jawapan dari teman anda supaya tidak menimbulkan kecurigaan jika tiba-tiba lecturer berada di sebelah anda.

The Psst..
Ini adalah teknik paling umum dan yang paling sering tidak dimengerti oleh orang yang tidak menghayati seni menjawab peperiksaan. Jika lecturer anda melihat anda memanggil teman anda, panggillah teman anda dengan lebih kuat. Setelah teman anda melihat anda, minta pensil ataupun pen dari teman anda. Jika lecturer datang ke arah anda, kumpulkan keberanian anda supaya anda tidak kelihatan meragukan, dan tanya lecturer anda, pukul berapa ujian ini selesai. Kunci keberhasilan dari teknik ini adalah bahasa-bahasa isyarat yang diciptakan oleh anda dan teman anda. Bahasa itu mungkin sahaja gerakan kaki, gerakan tangan, mimik muka, dan sebagainya. Gunakan teknik ini jika anda benar-benar yakin anda sedang tidak diperhatikan.

The Sneak In, Sneak Out
Ada dua waktu kritikal sewaktu peperiksaan. 5 minit pertama, dan 5 minit terakhir. Gunakan waktu ini dengan sebaik-baiknya. Jika soalan yang anda harus jawap adalah soalan "essay", masuk ruang peperiksaan lebih awal dan lihat soalan yang ada semasa orang sedang sibuk mencari tempat duduk mereka. Kemudian dengan cepat anda keluar, dan cari jawapannya terlebih dahulu. Jika anda banyak membawa "peliharaan", simpan semua yang tidak berkaitan. Kemudian anda masuk dengan yakin dan dengan ilmu yang penuh di dada.

Ini adalah sedikit sebanyak seni menjawab peperiksaan yang dapat saya sampaikan. Jangan lupa, belajar itu adalah proses yang berlanjut sepanjang masa dan tidak kira di mana - hatta sewaktu menjawab soalan ujian (konsepnya sama sahaja seperti orang yang belajar menggunakan "past years questions"). Yakinlah, orang yang paling tidak tahu sebelum masuk ruang peperiksaan mungkin sahaja menjadi orang yang paling tahu setelah meninggalkan ruangan.

1 Comment

  1. HeLwaHassan Said,

    hahahaha .. lawak nk mamposss

    Posted on January 3, 2009 at 1:57 PM

     

Post a Comment


Jom Jiwang.ORG

Comments

Recent

BREAKDANCE . . .

Posted by Fikri Binabad
09-01-09

Jin Mata Buta

Posted by Fikri Binabad
05-17-09

JT THE GENTLEMAN

Copied by Fikri Binabad
05-07-09

OBESarITI

Posted by Fikri Binabad
05-07-09

Dulu & Sekarang

Posted by Hassan Seylan 'Abad
11-03-08