Give Them A Piece (Peace) Of Our Minds

Posted by Fikri Hassan Binabad Sunday, February 1, 2009

"Peace is a term that most commonly refers to an absence of hostility, but which also represents a larger concept wherein there are healthy or newly-healed interpersonal or international relationships, safety in matters of social or economic welfare, the acknowledgment of equality and fairness in political relationships and, in world matters, peacetime; a state of being absent any war or conflict. Reflection on the nature of peace is also bound up with considerations of the causes for its absence or loss. Among these potential causes are: insecurity, social injustice, economic inequality, political and religious radicalism, and acute nationalism."

Jutaan maaf jika tulisan saya sebelum ini memberi satu persepsi yang berbeza apabila saya menyentuh tentang "perdamaian" dengan Israel. Perdamaian yang saya maksudkan bukanlah bererti menundukkan kepala, menjilat kaki, dan berpeluk-pelukan dengan Israel, tetapi dengan melakukan suatu usaha untuk mewujudkan "a state of being absent any war or conflict" sesuai dengan pengertian di atas, dan sesuai dengan ajaran Islam yang cintakan kedamaian dan keadilan, demi kesejahteraan penduduk Islam di Palestin khususnya.

Mungkin nantinya akan ada yang berpendapat tiada cara lain selain perang yang dapat mendiamkan Israel. Saran saya, semak dulu sejarah perang enam hari di mana Israel menang melawan Palestin, Mesir, Syria, Jordan, dan Iraq yang tidak bersatu dan berperang demi kepentingan politik semata-mata, bukan demi agama maupun untuk membela nasib rakyat Palestin. Hasilnya, Israel dihadiahkan 78% lagi daripada tanah Palestin. Baitul Muqaddis Timur (di mana terletaknya Masjid Al-Aqsa) yang dahulunya milik Jordan, jatuh ke tangan Israel. Namun atas campur tangan PBB, Israel tidak berjaya mendapatkan Baitul Muqaddis Timur dan statusnya sampai kini masih tidak pasti. Dengan penubuhan Palestine Liberation Organization (PLO), ditambah gerakan Intifada pertama yang dijadikan kesempatan bagi PLO yang tidak terlibat secara langsung, Jordan menarik tuntutan ke atas Tebing Barat termasuk Baitul Muqaddis Timur. Pada masa inilah US membentuk hubungan diplomatik dengan PLO (yang waktu itu dipimpin oleh Yassir Arafat). PLO yang pada awalnya ingin mengusir Israel dari Palestin akhirnya mengiktiraf kedaulatan Israel. Peperangan ini adalah sebuah peperangan politik. Mungkin jika negara-negara Arab bersatu memutuskan bekalan air sahaja, Israel tidak akan dapat berbuat apa apa.

Di dalam Palestin sendiri timbul kekacauan. Pertempuran antara Hamas dan Fatah antara yang menyumbang kepada kemusnahan infrastruktur dan kegawatan ekonomi Palestin. Inilah yang menyebabkan Israel semakin berani menunjukkan belangnya.

Tujuan saya menulis sedikit tentang sejarah perang Palestin-Israel adalah untuk memberikan gambaran bahawa peperangan ini lebih kepada sebuah peperangan yang penuh dengan agenda-agenda politik baik dari pihak Palestin, Israel, US, maupun negara-negara Arab sekitarnya. Kejatuhan Palestin adalah peringatan untuk menginsafi diri kita sendiri. Peristiwa ini merupakan satu petanda untuk kita memperbaiki diri, bukan dari sudut kekuatan tentera semata-mata. Keadan diperburuk dengan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh Jamal Abdul Naseer yang merupakan Perdana Menteri Mesir pada zaman awal perang dahulu. Polisinya didasari oleh "Pan-Arabism", kebencian terhadap Yahudi, dan kerjasama dengan Soviet Union menyebabkan kemunduran bangsa Arab. Setelah beliau dibunuh, timbul gerakan-gerakan yang membawa propaganda Anti Yahudi yang kemudiannya di salah ertikan sebagai sebuah ajaran Islam. Akibatnya, ramai yang berpendapat bahawa ajaran Islam mengajar penganutnya untuk membenci orang-orang Yahudi. Adakah Islam sebuah agama yang mengajar kepada "anti semitism" dan "racism"?

Ayat-ayat di dalam Al-Quran tidak pernah mengajar manusia untuk membenci sesebuah kaum. "Genocide", "ethnic cleaning", maupun "holocaust", yang dialami oleh bangsa Yahudi, maupun yang bukan Yahudi tidak pernah berada di bawah naungan Islam. Anti Yahudi adalah perjuangan Hitler. Kedamaian, anti "racism" dan anti kezaliman adalah perjuangan Islam. Firman Allah di dalam surah Al-Hujurat ayat 13 menjadi bukti bahawa Islam bukanlah sebuah agama yang "racist". Bangsa Yahudi adalah di antara bangsa yang paling awal memeluk Islam (di Madinah) dan hidup dengan damai di bawah pimpinan Islam. Amat disayangkan dan merupakan satu pandangan yang naif untuk mengabaikan sejarah 1400 tahun lampau, yang diceritakan di dalam Al-Quran ini dan mengatakan situasi di timur tengah sekarang ini berakar dari ayat-ayat di dalam Al-Quran.

Konteks ayat-ayat di dalam Al-Quran harus difahami dengan benar. Quran diturunkan untuk semua manusia termasuk Yahudi dan Nasrani. Ramai Rasul yang diutuskan berasal dari bangsa Yahudi. Al-Quran mengkritik sebahagian orang-orang Yahudi yang tidak mahu mengikut ajaran Rasul-Rasul mereka, dan kritikan ini juga berlaku kepada orang-orang Islam yang ingkar.

Walaubagaimanapun, tindakan tentera Israel yang dengan kejam membunuh penduduk Palestin adalah tindakan yang amat zalim dan tidak berperikemanusiaan. Semoga mereka mendapat balasan yang setimpal dari Allah.

Di mana Gaza? Kenapa sebarkan SMS Masjid Al-Aqsa dikepung sedangkan Masjid Al-Aqsa berada di Baitul Muqaddis? Atau sememangnya sedang dikepung?

0 comments

Post a Comment


Jom Jiwang.ORG

Comments

Recent

BREAKDANCE . . .

Posted by Fikri Binabad
09-01-09

Jin Mata Buta

Posted by Fikri Binabad
05-17-09

JT THE GENTLEMAN

Copied by Fikri Binabad
05-07-09

OBESarITI

Posted by Fikri Binabad
05-07-09

Dulu & Sekarang

Posted by Hassan Seylan 'Abad
11-03-08