The Transfer Saga

Posted by Fikri Hassan Binabad Friday, February 6, 2009

"Transfer window" untuk pemain bola sepak di liga Inggeris baru sahaja ditutup Isnin yang lalu. Arsenal akhirnya mendapatkan Arshavin manakala Chelsea berjaya mendapatkan Quaresma menjelang detik-detik akhir penutupan "transfer window".

Fenomena yang hampir serupa kini dapat dilihat di Malaysia.


Jika England disibukkan dengan pemindahan pemain-pemain bola sepak dari satu kelab ke kelab lain, Malaysia digemparkan dengan pemindahan Adun-Adun dari satu parti ke parti lain (dan balik ke parti lama seperti proses "loan" pemain). Kejadian ini menunjukkan betapa uniknya Malaysia yang penuh dengan "kejadian-kejadian misteri" yang sentiasa menyelubungi atmosfera politik negara tercinta ini.

Saya bukanlah seorang penyokong "kuat" mana-mana parti politik di Malaysia, apa lagi seorang pengamat maupun pengkritik politik. Namun saya tertarik dengan reaksi-reaksi dari penyokong-penyokong kedua belah pihak (BN dan PR).

Seorang teman berkata, Perak tidak demokrasi kerana tidak melakukan pilihan raya, namun jawab saya dengan nada bergurau, "itu keputusan Sultan. Jaga-jaga, nanti kena tulah". Apa pun keadaannya kini, tidak dapat dimungkiri lagi Baginda telah pun membuat keputusannya dan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, telah pun dipilih sebagai Menteri Besar ke-11.

Terlepas dari membicarakan soal spekulasi maupun gosip-gosip yang beredar luas, menurut saya, isu ini bermula daripada kenyataan DSAI yang ingin mengambil alih pucuk pimpinan Malaysia dengan cara lompat-melompat ini. Penerimaan perpindahan Dato' Nasaruddin terutamanya yang menurut saya "sedikit" tidak beretika umpama senjata makan tuan buat Pakatan Rakyat apabila dibalas dengan cara yang juga tidak "beretika" oleh Barisan Nasional.

Dilihat dari skop yang lebih luas, rakyat Malaysia kini berada dalam dilema. Sama ada untuk memilih Barisan Nasional (yang mungkin sekarang ini tidak becus dalam mentadbir negara) demi mengekalkan tradisi kepimpinan BN untuk mengelakkan kekacauan yang lebih besar lagi, ataupun memilih Pakatan Rakyat yang kini muncul sebagai satu "mode" jika anda adalah orang yang terpelajar, pemikir, dan sudah "keboyakan" menunggu dan menginginkan pembaharuan yang benar-benar "baharu".

Namun saya percaya, jika ditinjau dari sudut pandangan yang lebih kecil, dalam pilihan raya umum dahulu, ramai yang memilih calon yang bertanding dengan mempertimbangkan keperibadian dan perilaku calon-calon tersebut tanpa
semata-mata memandang dari parti mana mereka "berasal". Di tempat saya, Adun dari PAS telah berjaya memenangi pilihan raya tersebut dan menjadi satu-satunya (maaf jika salah) kerusi yang dimenangkan oleh PAS di Johor. Menurut saya ini adalah kerana peribadi beliau, dan bukan kerana parti beliau.

Di samping itu, amat dikesali sekarang ini apabila parti politik dijadikan suatu isu agama. Keluar dari UMNO untuk menyertai PAS maupun PKR umpama keluar dari kekufuran dan kegelapan menuju Hidayah dan Nur Ilahi. Pelampau-pelampau yang mengatakan UMNO kafir, ataupun PKR dajjal (kerana logonya yang bermata satu) merupakan penghinaan yang menunjukkan kerendahan moral penyokong parti tersebut. Umpama di dalam filem Labu-labi, mereka bergaduh dengan memijak "kepala bapak" masing-masing.

Saya amat hairan apabila orang melihat memilih PAS ataupun PKR adalah memilih Islam. Adakah calon Islam yang datang dari UMNO itu secara automatik wajib diragukan keIslamannya? Di Perak, UMNO memenangkan kerusi terbanyak, sedangkan yang kedua terbanyak adalah DAP. Bagaimana ada yang mengatakan Pakatan Rakyat lebih "Islam" daripada Barisan Nasional? Mengambil prinsip pemilihan doktor dalam Islam, yang pertama dipilih adalah doktor Muslim, kemudian barulah setelah itu yang Non-Muslim. Adakah kita melihat parti mereka? Jika ada doktor Islam PAS dan UMNO, pilih yang PAS dahulu? Mungkin analoginya ini sedikit menyimpang, namun yang ingin saya sampaikan adalah, tidak semua calon dari UMNO terutama di peringkat bawah ini orang-orang yang tidak "berkelayakan" untuk dijadikan pemimpin.

Mungkinkah Malaysia harus memilih Perdana Menteri dengan cara pemilihan Presiden seperti di Indonesia?


Maaf jika ternyata BN di Perak lebih banyak yang Non-Muslim dibanding PR. Itu adalah kerana kemalasan saya untuk melakukan "research" yang lebih mendalam terlebih dahulu. Namun apa yang penting adalah, parti adalah parti, agama adalah agama. Kita mencari pemimpin yang beragama tidak peduli dari parti manapun mereka wakili. Jangan mempolitikkan agama, tetapi berpolitiklah dengan agama.

Takziah saya ucapkan kepada rakyat Perak. Saya percaya ramai yang menyukai mantan Menteri Besar Perak
yang terdahulu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Mungkin isu pemberian tanah kepada kaum bukan Melayu menyebabkan beliau tidak berkenan di hati Baginda? Wallahualam.

0 comments

Post a Comment


Jom Jiwang.ORG

Comments

Recent

BREAKDANCE . . .

Posted by Fikri Binabad
09-01-09

Jin Mata Buta

Posted by Fikri Binabad
05-17-09

JT THE GENTLEMAN

Copied by Fikri Binabad
05-07-09

OBESarITI

Posted by Fikri Binabad
05-07-09

Dulu & Sekarang

Posted by Hassan Seylan 'Abad
11-03-08